awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

91 penduduk rumah panjang di Kanowit berpindah akibat banjir

Bernama
Bernama
26/03/2023
12:48 MYT
91 penduduk rumah panjang di Kanowit berpindah akibat banjir
Seramai 91 orang daripada 30 keluarga di rumah panjang di Kanowit terjejas banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit
SIBU: Seramai 91 orang daripada 30 keluarga di rumah panjang di Kanowit dekat sini terjejas banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun yang dibuka pada 1.30 tengah hari tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, mereka yang terjejas terdiri daripada penduduk Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat yang ketiga-tiganya terletak di tepian Sungai Ngemah.
Banjir itu dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti dari tengah malam hingga pagi di kawasan Ulu Ngemah dan video kejadian banjir itu tular dalam media sosial sebagai cara penduduk meminta bantuan daripada pihak berwajib.
Antara rumah panjang yang turut ditularkan ialah Rumah Jimmy di Nanga Lakah dan penduduknya mengadu rumah mereka ditenggelami banjir selain tidak dapat ke mana-mana berikutan perahu mereka telah dihanyutkan arus deras.
Turut terjejas ialah Sekolah Kebangsaan Ulu Poi yang ditenggelami banjir setinggi kira-kira 1.2 meter.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyie Jana turut turun padang melawat rumah-rumah panjang yang terjejas bersama pihak berkuasa dan pasukan pusat khidmatnya.
Setakat pukul 6 petang tadi, paras air dilaporkan menunjukkan trend menurun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kanowit
#penduduk berpindah
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan