awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

93 mangsa banjir kilat di Ipoh pindah ke PPS SK Sri Klebang

Bernama
Bernama
05/10/2022
01:45 MYT
93 mangsa banjir kilat di Ipoh pindah ke PPS SK Sri Klebang
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Sri Klebang. - Astro AWANI
IPOH: Mangsa banjir kilat di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor di sini, meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi hari ini berbanding 55 orang yang direkodkan malam semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir akibat hujan lebat itu pada pukul 10.05 malam.
"Sebanyak 33 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi banjir dan paras air semasa adalah kira-kira setengah meter," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihak bomba sedang memantau lokasi terbabit dan kawasan Ulu Chepor yang turut dinaiki air.
Semalam, hujan lebat yang berterusan sejak petang hingga tengah malam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
BACA: Hujan lebat cetus banjir di beberapa kawasan di Ipoh
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#RPT Chepor
#mangsa
#PPS SK Sri Klebang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan