awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

95% masalah disiplin berpunca daripada keluarga bermasalah - Dr Fadzillah Kamsah

Bernama
Bernama
03/04/2016
07:12 MYT
95% masalah disiplin berpunca daripada keluarga bermasalah - Dr Fadzillah Kamsah
Masalah displin khususnya buli dalam kalangan pelajar yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini. - Gambar fail
Ibu bapa perlu lebih banyak memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan keluarga, memandangkan 95 peratus kes disiplin remaja berpunca daripada keluarga bermasalah, kata pakar motivasi Datuk Dr Fadzillah Kamsah.
Beliau berkata, menurut kajian, golongan yang bermasalah ini terdiri daripada mereka yang mempunyai ibu bapa tetapi telah bercerai, selain tindakan melayan anak dengan kasar seperti menengking dan memukul.
"Semuanya (nilai kasih sayang) perlu bermula daripada rumah, dan daripada ibu bapa itu sendiri supaya masalah ini tidak akan berterusan sehingga mewujudkan masalah sosial.
"Kasih sayang juga perlu dipupuk di sekolah di mana guru-guru dan pelajar perlu mempamerkan kasih sayang... dengan ini, masalah displin akan berkurangan," katanya selepas majlis Melakari Kecemerlangan Pelajar, Menunjangi Transformasi Keibubapaan anjuran Pemuda UMNO Baling di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah displin khususnya buli dalam kalangan pelajar yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Seramai 817 pelajar sekolah di sekitar Baling dan Sik mengikuti program tersebut.
Sementara itu, anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Rahim yang merasmikan penutup program tersebut memuji langkah Pemuda UMNO Baling menganjurkan program berkenaan, serta berharap usaha tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Fadzillah Kamsah
#Ibu bapa perlu lebih banyak memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan keluarga
#memandangkan 95 peratus kes disiplin remaja berpunca daripada keluarga bermasalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan