awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 sabitan kes pemerdagangan orang pada 2016 - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
19/12/2016
13:34 MYT
97 sabitan kes pemerdagangan orang pada 2016 - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Sebanyak 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkodkan pada 2016. - fotoBERNAMA
Sebanyak 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkodkan pada 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran (MAPO) di sini hari ini.
Sabitan kes berkenaan terdiri daripada 76 sabitan kes pemerdagangan orang, sembilan sabitan di bawah kes penyeludupan migran termasuk kes di Wang Kelian dan 12 sabitan kes di bawah Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan akta lain yang berkaitan, katanya.
"Kejayaan ini hasil kerjasama erat dan komitmen berterusan ahli MAPO terutama melibatkan timbalan-timbalan pendakwa raya, pegawai penguatkuasa dan pegawai pelindung kepada mangsa pemerdagangan orang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat berkenaan.
Ahmad Zahid turut memaklumkan sehingga November tahun ini, 16 mangsa pemerdagangan orang diberikan kebenaran untuk bergerak bebas oleh MAPO.
Peraturan-Peraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan untuk Bekerja) (Warganegara Asing) 2016 mula dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016.
Kerajaan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan Pasukan Petugas Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama organisasi antarabangsa iaitu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mulai 2017 bagi memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan ATIPSOM 2007, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
#Jawatankuasa Peringkat Tinggi
#kes pemerdagangan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan