SEREMBAN: Sebanyak 98,000 unit rumah daripada 156 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara telah disiapkan setakat 5 Sept lepas membabitkan kos berjumlah RM11.6 bilion, sekali gus memenuhi hasrat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata lebih 10,000 unit rumah membabitkan 26 projek pula masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2025.
"PPR ini lebih kepada untuk golongan yang berada pada tahap paling rendah dalam B40, tanpa ada program yang melibatkan intervensi kerajaan yang begitu mendalam dengan kadar subsidi yang tinggi, mana mungkin mereka ini mampu memiliki rumah.
"Daripada RM11.6 bilion itu sekurang-kurangnya RM8.8 bilion disubsidi kerajaan lebih 20 tahun untuk pastikan rakyat memiliki rumah.. ada dua PPR lagi yang akan kita saksikan pecah tanah dalam masa terdekat iaitu di PPR Bera, Pahang dan Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran kepada penghuni PPR di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian juga memperkukuhkan lagi hala tuju PPR ke arah menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni termasuk menaik taraf keluasan rumah bersaiz 750 kaki persegi mulai Jun lepas, selain menerapkan elemen keterhubungan dan akses Internet seperti pemasangan gentian ke rumah (fibre to the home) (FTTH).
Menurutnya, kebenaran pembinaan projek PPR Dimiliki dan PPR Disewa di atas tanah milik kerajaan negeri tanpa perlu dipindahkan hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan turut diwujudkan semula, selain kenaikan kadar kelayakan maksimum pendapatan isi rumah pemohon dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata di Negeri Sembilan lebih 1,000 unit rumah disiapkan melibatkan lebih 400 kediaman di PPR Ladang Tanah Merah, Port Dickson dan PPR Rembau yang masih dalam pembinaan.
Terdahulu, seramai 90 penerima skim sewa untuk milik (RTO) menerima surat tawaran membabitkan 100 unit rumah di Rantau yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, dewan serba guna dan surau dan dijangka mula diduduki bermula 1 Okt ini.
"Pada masa ini, kadar sewaan bagi PPR Rantau adalah RM237 sebulan untuk tempoh 20 tahun, penerima manfaat di bawah skim ini akan ditawarkan membeli rumah tersebut secara berperingkat dengan tawaran pada tahun kelima, ke-11 dan ke-16 iaitu selepas tempoh sewaan setiap lima tahun berakhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Sebanyak 98,000 unit rumah daripada 156 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara telah disiapkan setakat 5 Sept lepas membabitkan kos berjumlah RM11.6 bilion. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
950 pemohon PPR di Perak berstatus calon simpanan - Exco
Jumlah pemohon PPR di negeri ini yang masih dalam status calon simpanan adalah seramai 950 orang setakat ini.
Jabatan Perumahan disaran tingkat operasi jejak pihak sewakan rumah PPR
Mohd Syahbuddin berkata tindakan keras perlu dikenakan terhadap penyewa berkenaan, termasuk membatalkan kontrak menduduki PPR.
Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
10 negeri tawar tanah untuk pembinaan PPR
Sepuluh negeri telah menawarkan tanah secara percuma atau mengenakan premium nominal kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Lambakan kenderaan, DBKL sediakan 14 parkir bertingkat di PA, PPR
DBKL telah membangunkan fasiliti 14 tempat letak kereta bertingkat di 14 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
DBKL kunci air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL meneruskan operasi kunci air terhadap penduduk Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membawa sewa.
KOSIS dapat sambutan, kadar penerimaan barangan kitar semula meningkat
Sebanyak 15,429 transaksi barangan kitar semula diterima setakat Ogos lepas, berbanding 9,769 transaksi pada tempoh sama 2022.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
KPKT minta Kedah, Kelantan segerakan proses hak milik tanah tiga projek PPR
Sehingga kini terdapat tiga projek PPR yang masih tertangguh proses hak milik tanah dan memerlukan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri.