KUALA NERANG: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memohon kerajaan Kedah dan Kelantan menyegerakan proses penukaran hak milik tanah bagi membolehkan penyerahan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penerima yang layak.
Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sehingga kini terdapat tiga projek PPR yang masih tertangguh proses hak milik tanah dan memerlukan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri dalam perkara tersebut.
Beliau berkata, PPR terlibat ialah PPR Kuala Nerang dan PPR Air Hitam di Jerlun, Kedah serta PPR Machang di Kelantan.
"Pihak KPKT berusaha leraikan sedikit demi sedikit perkara ini, juga saya dah jelaskan di dalam Parlimen apabila ditanya Ahli Parlimen kawasan itu.
"Kita juga mengharapkan kerjasama kerajaan Kelantan sebab perkara ini dah lama, dalam keadaan kita dah keluarkan belanja, kita dah siapkan, kita diminta buat pengisian dan juga telah dilaksanakan proses pengisian.
"Kita harapkan kerjasama daripada kerajaan negeri untuk memudahkan proses hak milik tanah kerana penerima surat tawaran hari ini adalah orang Kedah, ini bukannya soal perbezaan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, ini yang terima akhirnya rakyat Kedah," katanya.
Beliau ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran PPR Kuala Nerang kepada 50 penerima di sini pada Ahad, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib.
Akmal Nasrullah berkata, masalah hak pemilikan tanah itu turut menyebabkan proses pengisian dan penjualan rumah berkenaan tertangguh sejak ia siap pada 2019.
Beliau berkata, PPR Kuala Nerang antara 10 PPR dibina di Kedah dengan terdiri daripada 286 unit rumah teres satu tingkat dengan empat unit rumah Orang Kurang Upaya (OKU), dewan serbaguna, surau, gerai dan tadika.
"Pada awalnya PPR ini telah diserahkan kepada kerajaan Kedah dengan kerajaan negeri memutuskan supaya pengisian dan penjualan PPR ini dilaksanakan oleh KPKT, tetapi proses pengisian ini telah tertangguh disebabkan terdapat masalah pemilikan tanah.
"Walau bagaimanapun, tahun ini KPKT bersetuju untuk menjadikan PPR ini dimiliki melalui skim kaedah Sewa Untuk Dimiliki untuk tempoh lima hingga 20 tahun dengan kadar sewaan sebanyak RM237 sebulan," katanya.
Akmal Nasrullah berkata, KPKT turut memperuntukkan RM500,000 untuk kerja-kerja pembaikan kemudahan awam di PPR Kuala Nerang termasuk dewan, surau, tadika dan gerai serta pembaikan jalan yang runtuh, manakala RM2.61 juta disalurkan bagi penyelenggaraan dan baik pulih perumahan awam dan swasta berstrata di Kedah untuk tahun ini.
Sementara itu, penerima yang ditemui rata-rata melahirkan rasa syukur kerana penantian mereka selama ini untuk memiliki rumah sendiri tercapai.
Afifah Osman, 49, berkata, dengan memiliki rumah PPR itu, kehidupannya bersama suami serta lima anak menjadi lebih selesa.
"Selama 23 tahun saya dan suami menyewa dengan bayaran RM300 sebulan, rasa rugi lah, tetapi dengan rumah ini saya bayar murah dan akhirnya dapat jadi rumah sendiri. (Pendapatan) dengan menjual kuih dan suami kerja penghantar barangan memang tak mampu nak beli rumah mahal-mahal," katanya.
Noraini Ahmad, 63, turut berkongsi rasa syukur dengan penerimaan surat tawaran itu yang mengesahkan dirinya seorang daripada pembeli rumah PPR terbabit.
"Memang dah lama nak miliki rumah sendiri kerana sekarang ni saya menumpang di rumah pondok di Kampung Tanjung bersama dua anak yang bersekolah, nak beli rumah sendiri tak mampu sebab saya ibu tunggal dan mengharapkan duit pampasan sebanyak RM1,200 sebulan daripada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) berikutan suami yang meninggal dunia pada 2015," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Akmal Nasrullah berkata, sehingga kini terdapat tiga projek PPR yang masih tertangguh proses hak milik tanah dan memerlukan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri dalam perkara tersebut. - Gambar fail/Bernama
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus
Secara puratanya, sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 28 tapak pelupusan di bawah selian SWCorp pada bulan Ramadan tahun lalu.