awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

99 pelajar sekolah menengah di Selangau, Sarawak positif COVID-19

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
17/04/2021
13:23 MYT
99 pelajar sekolah menengah di Selangau, Sarawak positif COVID-19
Seramai 99 pelajar sekolah menengah di Ulu Balingian, Selangau, didapati positif COVID-19 pada Sabtu.
KUCHING: Seramai 99 pelajar sekolah menengah di Ulu Balingian, Selangau, didapati positif COVID-19 pada Sabtu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Sabtu.
Bercakap pada sidang media di Kuching hari ini, Uggah menjelaskan, kes indeks kluster Ulu Balingian melibatkan pelajar berusia 16 tahun yang disahkan positif pada 16 April lalu setelah menjalani pemeriksaan untuk individu yang mengalami gejala di Klinik Kesihatan Selangau pada 13 April.
Susulan pengesanan kes aktif (ACD), seramai 101 individu telah disaring membabitkan kontak rapat termasuk keluarga, pelajar dan kakitangan kes di sekolah itu.
“Daripada 101 kes yang disahkan setakat ini, seramai 99 pelajar didapati positif,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Uggah turut mendedahkan jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah turut dikesan di sekolah rendah agama di Sibu dengan 20 kes setakat ini.
“Kes indeks kluster Jalan Disa adalah seorang guru berusia 28 tahun di sekolah itu yang disahkan positif pada 14 April.
“Dia telah pergi ke Kabong pada cuti sekolah 31 Mac hingga 4 April dan mula mengalami gejala pada 9 April.
"Sebanyak 199 individu telah disaring, dengan 179 ujian negatif. Pengesanan kontak juga dilakukan di Kabong untuk mengekang penyebaran kelompok ini," kata Uggah.
Antara lain kata Uggah, Kluster Jalan Ding Lik Kwong turut merekodkan 16 kes termasuk kes indeks melibatkan wanita berusia 28 tahun yang bekerja di syarikat perkayuan pada 13 April lalu.
Untuk rekod, Sarawak melaporkan 512 kes baru dan satu kematian pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 23,432 kes dengan 136 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelajar sekolah di Selangau
#Ulu Balingian
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#JPBN Sarawak
#Kuching
#Sibu
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan