awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK Kelantan akan laksana program ujian saringan air kencing di sekolah

Bernama
Bernama
08/04/2021
20:04 MYT
AADK Kelantan akan laksana program ujian saringan air kencing di sekolah
AADK Kelantan mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat.
PASIR PUTEH: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah.
Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad berkata program itu akan dilaksanakan di semua sekolah menengah di negeri tersebut dan pelajar yang didapati positif akan dimasukkan ke dalam program pemulihan berbentuk kem di bawah agensi tersebut.
"Sekarang ini kami masih belum ada rekod jumlah penglibatan pelajar dengan dadah, oleh itu kita akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar memandangkan sekolah ketika ini baru dibuka semula.
"Kita telah berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi melaksanakan program itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pelancaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai sebagai Sekolah Angkat ADDK, di sini pada Khamis.
Sehubungan itu juga beliau berharap pihak sekolah akan memberi kerjasama baik dengan tidak menyembunyikan data pelajar yang terlibat dadah.
Menurutnya setakat ini, AADK Kelantan mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Antidadah Kebangsaan
#Dadah
#sekolah
#pelajar
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan