KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan program Tempat Kerja Bebas Dadah (Tekad) pada Jumaat.
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, langkah itu kesinambungan usaha sama kedua-dua pihak sejak 2022 melalui kolaborasi keselamatan kumpulan dan kumpulan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar dalam mengendalikan program berbentuk kempen kesedaran serta latihan berteraskan Tekad.
Ujarnya, program pencegahan dadah di tempat kerja adalah selaras dengan International Standard On Drug Use Prevention, yang melibatkan tujuh langkah utama antaranya komitmen pengurusan atasan, polisi dan kawalan kuasa pencegahan dadah.
"Selain itu, pelaksanaan latihan untuk penyelia; program pendidikan dan kesedaran; latihan untuk penyedia program pendidikan dan kesedaran kepada pekerja; program pencegahan dadah dalam komuniti; program rawatan dan pemulihan serta integrasi semula ke dalam pekerjaan turut menjadi langkah dalam standard berkenaan.
"Sehubungan itu, isu dan masalah penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu menjadi agenda utama majikan kerana masalah ini antara penentu yang boleh mempengaruhi tahap keselamatan serta kesihatan pekerja.
"Penyalahgunaan dadah termasuk alkohol di tempat kerja bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda, menjejaskan imej dan reputasi organisasi, malah mengancam keselamatan pelanggan,” katanya semasa berucap pada majlis menandatangani MoU Tekad di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi PETRONAS, Adnan Zainal Abidin; Naib Presiden, Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Yong Sai Chung; Ketua Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin.
Dalam pada itu, Sutekno menzahirkan keyakinan syarikat gergasi negara itu dapat memperkukuhkan lagi kedudukan dan pencapaian menerusi pelaksanaan program Tekad kerana kerana ia berupaya mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan sejahtera.
"Di samping itu juga, secara tidak langsung, warga kerja PETRONAS dapat menjadi agen penyebaran maklumat tentang bahaya dadah kepada rakan, jiran, keluarga dan komuniti keseluruhannya.
"Dalam merealisasikan matlamat ini, AADK sedia berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan program Tekas selaras usaha menggalakkan pihak majikan melaksanakan polisi tempat kerja bebas dadah," katanya.
Beliau menambah, sepanjang 2022, PETRONAS telah mengadakan kerjasama secara bersiri dengan AADK dalam penganjuran Tekad serta program berbentuk awareness talk, training of trainers (ToT) dengan menyasarkan kumpulan pengurusan tertinggi dan kakitangan syarikat itu.
Astro Awani
Fri Mar 17 2023

Sutekno (kiri) bersama Adnan (kanan) menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian MoU Tekad antara AADK dan PETRONAS di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur pada Jumaat - Foto AADK

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

AADK, PETRONAS meterai MoU Tempat Kerja Bebas Dadah
Program pencegahan dadah di tempat kerja adalah selaras dengan International Standard On Drug Use Prevention.

MRT AADK lepasi sasaran 2022
Seramai 3,750 orang di seluruh negara telah mendapatkan perkhidmatan Rawatan Pemulihan Bergerak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (MRT AADK) pada tahun lepas, melepasi sasaran awal yang ditetapkan.

Kedah catat kes penyalahgunaan dadah tertinggi
Jumlah itu meningkat sebanyak 28.4 peratus berbanding 2020 yang berjumlah 10,518 kes.

70 peratus penagih dadah sertai program RPDK pulih - Saifuddin Nasution
Sejumlah 70 peratus daripada 44,754 penagih dadah yang menyertai Program RPDK AADK dipulihkan daripada kembali terlibat dengan enyalahgunaan bahan terlarang itu.

Sistem sokongan faktor kejayaan kepulihan klien - AADK
Kata beliau, fungsi dan peranan kumpulan itu amat penting dalam memenuhi keperluan kepulihan seseorang individu.

Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan bersama empat lagi lelaki berusia 32 hingga 57 tahun dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Terima suapan RM400, bekas Pengarah AADK Melaka didenda RM3,000
Tertuduh mengaku bersalah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 tanpa balasan.

Suspek bunuh suami didenda RM1,700 kerana ambil dadah
Wanita berkenaan bersama rakannya turut diarahkan menjalani pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Pegawai AADK maut motosikal bertembung lori
Pegawai AADK maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori.