awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri

Bernama
Bernama
08/12/2023
04:50 MYT
Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri
Allaudeen berkata pasangan suami isteri berusia 30-an itu direman hingga 13 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, di sini Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pasangan suami isteri yang berusia 30-an itu direman hingga 13 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
"Bapa kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai rider p-hailing, manakala ibunya seorang suri rumah. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak berumur tiga dan tujuh tahun yang berada dalam keadaan sihat, dan kedua-duanya telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk jagaan sementara," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail.
Sabtu lepas seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah, dipercayai akibat didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak.
Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu menghadapi beberapa masalah kesihatan berikutan dilahirkan pramatang, dan meninggal dunia disebabkan kekurangan nutrisi (malnourished).
Sementara itu mengulas mengenai perlawanan final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam ini, Allaudeen menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk tidak membuat kecoh sebelum, semasa dan selepas perlawanan.
Beliau berkata tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mana-mana penyokong yang mencetuskan kekecohan malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#abai anak
#ibu bapa ditahan
#Bandar Tun Razak
#kekurangan nutrisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan