Abang Botak yang dihukum penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar hanya sempat bermalam enam hari di penjara sebelum dia dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut.
Ia berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.
Hasil semakan Sinar Harian, pendengaran permohonan itu berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim, Jumaat lalu.
Mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai jaminan dan memerintah Abang Botak atau nama sebenarnya Danial Tan Abdullah melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.
BACA: Suspek pecahkan cermin kereta kerana tidak puas hati kena hon, akhirnya ditangkap
BACA: 'Abang botak' beraya dalam penjara
BACA: Peguam sifatkan hukuman terhadap 'Abang Botak' terlalu berat
Sementara itu, semakan juga mendapati, Danial, 31, turut memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.
Peguam yang mewakili Danial, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan perkara tersebut.
Pada 31 Mei lalu, mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor kilang mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58.
Keputusan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke penjara kerana tidak membuat permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman.
Terdahulu, tular video di laman sosial mengenai kejadian tersebut dan polis berjaya memberkasnya.
Sinar Harian
Tue Jun 11 2019

Danial Tan dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman penjara 12 bulan. -Foto Sinar Harian
![[TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus [TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976747/thumbnails/13069822841657092950076_640x360.jpg)
[TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) umum kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus. Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, perkara itu sudah dijangka bagi mengawal inflasi termasuk trend negara maju yang agresif mengetatkan dasar monetari.

Forum PRU15 | Hadkan tempoh Perdana Menteri, elak kuasa berlebihan
Tempoh masa Perdana Menteri perlu dihadkan bagi mengelakkan individu tersebut bertindak seperti seorang ‘maharaja’, kata Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus.

Kerajaan dengar permasalahan disuarakan rakyat di media sosial - Annuar
Perkara yang disuarakan di media sosial dijadikan sentimen analisis bagi mendapatkan penyelesaian dan tindakan untuk kebaikan rakyat.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid.

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor
Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turkiye berkata mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan rangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

'Abang Botak' bebas daripada jalani hukuman penjara
Danial Abdullah Tan, 31 atau lebih dikenali sebagai 'abang botak' oleh warganet kini dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara 12 bulan.

Peguam sifatkan hukuman terhadap 'Abang Botak' terlalu berat
Justifikasi menjatuhkan hukuman mestilah ditimbang dengan faktor-faktor mitigasi, kata peguam itu.

'Abang botak' beraya dalam penjara
Hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu semalam.