KUCHING: Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bernilai RM285.47 juta.
Merangkumi tujuh langkah yang telah diumumkan semasa Bajet Sarawak 2022 pada 12 Oktober 2021, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, bantuan tersebut bertepatan dengan usaha pembukaan sektor ekonomi dan sosial menerusi peralihan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Saya percaya fasa pemulihan ini akan memberi ruang kepada rakyat untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial harian demi kelangsungan hidup mereka dan keluarga masing-masing," katanya ketika berucap mengumunkan BKSS 8.0 di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Jumaat.
Tujuh langkah bantuan BKSS 8.0 akan memberikan maanfaat dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2022.
Langkah pertama dan kedua merangkumi diskaun bil elektik serta air yang akan memberikan maanfaat kepada 647,000 isi rumah.
Langkah ketiga pula merupakan diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) bernilai RM 2.6 juta.
"Seterusnya pengecualian bayaran sewa kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC negeri," katanya.
Kelima, jelas Abang Johari, diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakala langkah enam merupakan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberi kepada pengusaha penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah.
Langkah tujuh pula merupakan geran khas berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan PBT melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM87.5 juta.
Justeru Abang Johari menasihati penjaja kecil dan PKS mengemukakan segala dokumen yang diperlukan dengan lengkap untuk mengelak permohonan mereka ditolak.
"Jawatankuasa Penilaian bagi bantuan ini telah mengenal pasti 22,110 PKS dan 24,322 perusahaan mikro milik usahawan Sarawak yang layak mendapat bantuan.
"Mereka telah dihubungi untuk menghantar dokumen perniagaan yang diperlukan secara dalam talian bagi membolehkan pembayaran dibuat.
"Ini penting kerana proses penilaian dilakukan melalui sistem pengkomputeran yang memerlukan maklumat perniagaan lengkap dan tepat," Jelasnya.
Untuk rekod, setakat tarikh tutup pada Oktober 2021 sebanyak 12,809 PKS telah menghantar dokumen untuk permohonan.
Bagaimana pun, sebanyak 9,955 atau 77.7 peratus PKS didapati mengemukakan dokumen perniagaan yang tidak lengkap sehingga ditolak oleh sistem pengkomputeran menyebabkan pembayaran tidak dapat dibuat.
"Proses verifikasi sedang giat dijalankan dan sehingga Januari 2022 sejumlah RM20.6 juta telah disalurkan kepada PKS dan Perusahaan Mikro yang telah mengemukakan dokumen perniagaan yang lengkap," tambahnya.
Afiezul Samit
Fri Jan 28 2022
Abang Johari turut memperincikan tujuh langkah bantuan BKSS 8.0 akan memberikan maanfaat dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2022. - Ihsan Japen Sarawak
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Abang Jo umum BKSS 8.0 bernilai RM285 juta, usaha bantu ekonomi rakyat
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bernilai RM285.47 juta.