awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari yakin ekonomi Sarawak akan pulih semasa PKPP

Bernama
Bernama
23/06/2020
13:53 MYT
Abang Johari yakin ekonomi Sarawak akan pulih semasa PKPP
ABANG JOHARI: Projek kerajaan negeri akan mewujudkan rantaian bekalan dan peluang perniagaan kepada rakyat selepas kira-kira tiga bulan aktiviti ekonomi hampir terhenti sepenuhnya. - Gambar fail
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini meluahkan keyakinan bahawa ekonomi negeri mampu pulih kembali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) susulan pelaksanaan beberapa projek oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata pelaksanaan projek-projek tersebut akan mewujudkan rantaian bekalan dan peluang perniagaan kepada rakyat selepas kira-kira tiga bulan aktiviti ekonomi hampir terhenti sepenuhnya.
"Kita mulakan dengan pelaksanaan projek-projek ini yang seterusnya akan menghasilkan perkara-perkara lain," katanya berucap sebelum merasmikan upacara pecah tanah bagi projek Pusat Pentadbiran Bersepadu Sarikei (IAC) di sini.
Mengenai IAC yang bernilai RM140 juta itu, beliau berkata kompleks tersebut akan menempatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri di bawah satu bumbung yang dilengkapi teknologi terkini untuk dimanfaatkan bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada penduduk di Sarikei.
"Ini seiring dengan rancangan kita untuk membangunkan bandar-bandar pintar dan apa yang kita panggil 'Sarikei Extension and Urban Development'," katanya.
Terdahulu, Abang Johari mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sarawak di Pusat Inovasi Sarikei yang membincangkan pembangunan yang sedang dilaksana di sini.
Beliau berkata projek-projek bernilai RM772 juta melibatkan pembinaan jalan dan jambatan serta bekalan air dan elektrik berjalan lancar walaupun mengalami sedikit kelewatan disebabkan PKP.
Katanya projek-projek terbabit bersambung semula di bawah normal baharu dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard yang akan terus digunakan oleh kerajaan negeri, terutamanya dalam pengurusan tenaga kerja dari luar Sarawak bagi membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#ekonomi
#ekonomi negeri
#kerajaan negeri
#pemulihan
#PKP
#PKPP
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan