awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Abang Viva' akui akan bantu mangsa banjir Terengganu, Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2022
22:30 MYT
'Abang Viva' akui akan bantu mangsa banjir Terengganu, Kelantan
Sumber gambar daripada hantaran di Facebook Viral Media Johor pada Ahad.
SHAH ALAM: ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar mengakui akan pergi ke negeri Kelantan dan Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa banjir berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.
“Ya saya memang ada perancangan untuk pergi (membantu mangsa-mangsa banjir),” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Pada Ahad, sebuah hantaran di Facebook Viral Media Johor memaparkan tangkap layar perbualan antara Azwan bersama pengguna media sosial yang menyatakan Azwan dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan mangsa banjir.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh untuk bertolak, Azwan berkata dia masih belum pasti lagi bila akan bergerak ke negeri tersebut.
“(Bila nak pergi) Itu saya tidak pasti lagi tetapi nanti kalau ada apa-apa saya akan ‘update’ (maklumkan) di Facebook saya.
“Memang saya akan ‘update’ di Facebook saya sahaja,” ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#banjir
#abang viva
#Azwan Omar
#Bantu Mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan