IPOH: Bekas Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh menggantikan ACP Yahaya Hassan yang akan bersara wajib bermula esok.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Ipoh itu telah diadakan di Mess Pegawai Kanan Polis di sini hari ini disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Mohd Yusri berkata pihaknya yakin Abang Zainal mampu menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komited demi memastikan keselamatan dan keamanan bandar raya Ipoh sentiasa terjamin.
"Saya yakin legasi ditinggalkan Yahaya akan diteruskan oleh Abang Zainal dengan penuh komited selain sentiasa memastikan keadilan dan keamanan di bandar raya Ipoh terjamin.
"Saya juga yakin, Abang Zainal mampu memacu dan membawa Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh terus cemerlang bagi mencapai visi dan misi Polis Diraja Malaysia khususnya di Kontinjen Perak," katanya.
Abang Zainal, 56, yang berasal dari Kuching, Sarawak mempunyai pengalaman luas dan telah berkhidmat kira-kira 34 tahun dalam pasukan polis, selain pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Lawas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) menyaksikan nota serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan (kiri) kepada penggantinya ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad (kanan). - Foto Bernama
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
178 ditahan dalam operasi samseng jalanan
Polis menahan 178 individu membabitkan 143 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang Ipoh.
Abang Zainal dilantik Ketua Polis Daerah Ipoh
Bekas Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh.