NATIONAL
Abd Rauf diumum tokoh Maulidur Rasul Selangor 2024

Tengku Amir Shah (tiga, kanan) berkenan menyampaikan anugerah kepada Abd Rauf (tiga kiri) ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1446H, hari ini. -Bernama
SHAH ALAM: Anggota Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam dan Tahfiz Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Profesor Madya Dr Abd Rauf Hassan diumumkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2024 peringkat Selangor hari ini.
Ringkasan AI
- Profesor Madya Dr Abd Rauf Hassan diumum sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2024 peringkat Selangor.
- Penghargaan diberikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah.
- Abd Rauf diiktiraf atas sumbangannya dalam perkembangan Islam, khususnya dalam bidang bahasa Arab dan penyusunan mushaf al-Quran.
Beliau turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan persatuan serta mengganggotai beberapa lajnah dan jawatankuasa antaranya Panel Penggubal Kurikulum Mata Pelajaran Bahasa Arab bagi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jawatankuasa Pemandu Pendidikan Tahfiz AL-Quran Selangor.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Bahasa Asing Fakuliti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, ketika ditemui berkata penghargaan berkenaan akan dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus menyumbangkan kepakarannya dalam pengembangan ilmu al-Quran dan bahasa Arab.
"Untuk mereka di luar sana khususnya anak-anak muda, sempena sambutan Maulidur Rasul ini kita ambil semangat Nabi Muhammad SAW sebagai contoh untuk mengembangkan, mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran kerana ini yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk kita semua," katanya.
Selain trofi dan sijil, Abd Rauf turut menerima wang tunai RM20,000.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami