awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Ghani berentap dengan Kit Siang di Gelang Patah

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2013
03:40 MYT
Abdul Ghani berentap dengan Kit Siang di Gelang Patah
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dipindahkan bertanding ke kerusi Parlimen dan bakal berentap dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah dalam pilihan raya umum ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin pula berpindah kerusi ke Dewan Undangan Negeri Permas dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang dalam langkah yang dilihat untuk menamakan beliau sebagai calon Menteri Besar.
Sementara itu, semua menteri kabinet dan timbalan menteri dari Johor dalam kerajaan yang lepas kekal mempertahankan kerusi masing-masing.
Menteri dan timbalan menteri kerajaan yang lalu yang akan mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di Johor dalam PRU-13 ini.
Menteri dan timbalan menteri kerajaan yang lalu yang akan mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di Johor dalam PRU-13 ini.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Johor Bahru manakala Pengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Nur Jazlan Mohamad bertanding di kerusi Parlimen Pulai.
Dua tokoh pemimpin wanita yang membina karier politik bermula daripada Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said akan mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang manakala Datuk Noraini Ahmad bertanding semula di Parit Sulong.
Pencalonan semula Azalina di kerusi Parlimen Pengerang akan jadi tumpuan — apakah kali ini akan ada pertandingan selepas beliau menang mudah kerusi itu dalam dua pilihan raya pada 2004 dan 2008 tanpa bertanding.
Azalina bakal ditentang calon wanita Pas, Anis Afida Mohd Azli yang merupakan aktivis pertubuhan bukan kerajaan yang muncul memperjuangkan isu rakyat susulan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di kawasan itu.
Sementara itu, BN Johor melancarkan manifesto khusus untuk negeri itu dengan slogan 'Mensejahterakan Rakyat'.
Antara janji BN dalam manifesto itu ialah meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik; membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pendapatan; memperkasakan masyarakat berilmu dan bermodal insan; menjamin keselamatan dan kesejahteraan kejiranan; dan memperkukuh dan mengembangkan syiar Islam.
BN juga berikrar untuk membina dan menaiktaraf jalan utama dan jalan kampung; mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat; memacu pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan; mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan; menggalakkan lagi perusahaan kecil dan sederhana.
Ia juga berjanji akan mempelbagaikan struktur ekonomi dalam bidang baharu; menaiktaraf sistem tebatan banjir; membangunkan pengangkutan awam di bandar dan di pekan; memperbaiki kualiti hidup di bandar; dan memastikan perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkesan.
Topic Berkaitan
#Gelang Patah
#Ghani Othman
#Johor
#pilihan raya
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan