SHAH ALAM: Jasa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi (Ahad) pastinya dikenang rakyat antaranya peranan beliau dalam Serangan Subuh Guthrie (Guthrie Dawn Raid) pada 7 September 1981.
Sebelum bergelar Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 hingga 22 Sept 2014, Abdul Khalid, 76, merupakan antara individu penting terlibat dalam misi Malaysia mengambil alih Guthrie Corporation daripada British menerusi 'serangan' terhadap Bursa Saham London.
Abdul Khalid dimasukkan dalam rancangan tersebut yang disusun rapi oleh Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad serta Gabenor Bank Negara yang juga Pengerusi PNB ketika itu Tun Ismail Ali.
Pengalaman beliau bekerja di sebuah syarikat penasihat kewangan di London membantu usaha pasukan tersebut mengembalikan segala hasil perladangan Guthrie Corporation kepada rakyat Malaysia.
Abdul Khalid memperoleh Ijazah dalam jurusan Ekonomi di Universiti Malaya pada 1971 dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di University of Queensland, Australia pada 1976.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan pensyarah, sebelum beralih ke bidang korporat dengan memegang pelbagai jawatan tinggi seperti Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB; Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB); Pengarah Kumpulan Guthrie Bhd dan Pengarah Pelaburan Hartanah Nasional Berhad.
Abdul Khalid mula berkecimpung dalam politik sekitar 1995 menerusi UMNO serta merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian Kuala Selangor, namun tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Datuk Miskon Sutero ketika itu.
Pada kemunculan semulanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dengan mewakili PKR, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, yang turut menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) merangkumi PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Abdul Khalid seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pertama bukan dari Barisan Nasional pada 13 Mac 2008.
Selama enam tahun memimpin Selangor, beliau antara lain memperkenalkan Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan pelbagai program di bawah agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' membabitkan perbelanjaan lebih RM1.6 bilion untuk inisiatif dan skim bersifat kebajikan.
Dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan pentadbirannya, turut membolehkan rizab simpanan negeri meningkat kepada RM3.3 bilion setakat September 2014 dan sebahagian simpanan itu telah digunakan untuk projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.
Di bawah pentadbirannya juga, Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.
Kerajaan negeri di bawah Abdul Khalid juga telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air dan usaha yang bermula sejak 2008 itu, membolehkan semua aset air dikembalikan kepada rakyat.
Meskipun tidak lagi menjadi menteri besar, ternyata khidmatnya masih diperlukan apabila Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Terengganu pada 2018 sehingga kini.
Pemimpin yang sangat disayangi rakyat Selangor itu meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman pada injap jantung.
Allahyarham yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor, meninggalkan isteri Puan Sri Salbiah Tunut, empat orang anak dan dua cucu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Pemimpin yang sangat disayangi rakyat Selangor itu meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman pada injap jantung. - Bernama
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
[TERKINI] Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat Pembangkang – Fadillah
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).