awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM adakan kunjungan rasmi bertemu Dalai Lama

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/03/2023
04:31 MYT
ABIM adakan kunjungan rasmi bertemu Dalai Lama
Pertemuan diakhiri dengan pemakaian "Songkok ABIM" sebagai simbol keutuhan hubungan ABIM bersama pihak Dalai Lama. - Foto ABIM
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencipta sejarah tersendiri apabila melakukan kunjungan hormat kepada pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama, Tenzin Gyatso.
Kunjungan itu diketuai Muhammad Faisal Abdul Aziz yang turut melawat "communal kitchen" terbesar di dunia yang memberikan makanan percuma setiap hari ketika mengadakan siri lawatan di India.
Menerusi ciapan di Twitternya, Muhammad Faisal berkata, ABIM menyentuh isu berkaitan Islamofobia dan mengunjurkan bagaimana komuniti agama boleh menjernihkan salah faham masyarakat berkaitan Islam yang kononnya mempromosi keganasan.
"Pemimpin pelbagai agama khususnya Islam dan Buddhism harus lebih giat meneroka ruang penyelesaian kepada masalah dunia secara bersama termasuk yang menyentuh aspek perubahan iklim.
Bersama pimpinan @abimalaysia serta rakan dari agama lain membuat kunjungan rasmi ke Golden Temple (Sri Harimandir Sahib) di Amritsar India. 1/5 pic.twitter.com/AeGbPMzp6A
— Faisal Aziz (@faisalazizfa) March 18, 2023
"Justeru, agama harus dilihat sebagai berperanan penting dalam menjadi sumber kedamaian dan keamanan dan bukan konflik mahupun keganasan.
"Pihak ABIM turut menyuarakan pendirian untuk bersama membela setiap golongan yang ditindas atas nama kemanusiaan termasuk Uyghur.
"His Holiness Dalai Lama menyatakan bahawa 'saya rasa sakit dan sedih bila mendengar sahabat-sahabat Uyghur yang dizalimi'," menurut ciapan tersebut.
Alhamdulillah berkesempatan untuk pimpinan @abimalaysia & NGO pelbagai agama untuk bertemu His Holiness @DalaiLama. 1/6 pic.twitter.com/5yx8PF0p5n
— Faisal Aziz (@faisalazizfa) March 20, 2023
Tambahnya, pertemuan diakhiri dengan pemakaian "Songkok ABIM" sebagai simbol keutuhan hubungan ABIM bersama pihak Dalai Lama.
Turut diserahkan ialah Al-Quran terjemahan Inggeris, buku Islam & Buddhism Eco Dialogue dan buku-buku dihasilkan ABIM.
"Siri kunjungan sebegini diharap dapat menjernihkan salah faham masyarakat lain terhadap Islam dan secara tidak langsung dapat menangkis barah Islamofobia dari bercambah," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ABIM
#Dalai Lama Tenzin Gyatso
#Muhammad Faisal Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan