KUALA LUMPUR: Penggunaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) akan menjadi panduan kepada semua jabatan serta agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dalam usaha mengukuhkan tadbir urus serta mengenal pasti risiko rasuah dan salah guna kuasa.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata ketika ini inisiatif itu mula diguna pakai di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan langkah itu dilaksanakan dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
"Pelaksanaan ABMS ini adalah langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja serta menunjukkan komitmen yang tinggi membanteras rasuah dalam perkhidmatan awam.
"Matlamat berkenaan juga selari dengan kerangka Malaysia MADANI yang mengutamakan integriti dan kecekapan dalam pentadbiran awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pembangunan ABMS didorong prestasi cemerlang PTPK yang mencatatkan risiko tahap sederhana menerusi penarafan semula risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi 2023.
Selain itu, katanya PTPK selaku pembiaya utama latihan kemahiran negara, terus komited memperkasa agenda pembangunan modal insan negara terutama dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan menyediakan pembiayaan bagi menggalakkan masyarakat mengikuti bidang kemahiran.
Beliau berkata PTPK sentiasa cakna dan memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan yang terbaik dan sekali gus menyokong kepada pemacu perubahan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menambah baik ekosistem TVET bagi membangunkan bakat tersedia pada masa hadapan.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Sim mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat PTPK di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Eksekutif PTPK Mohd Fathullah Mustafa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
STEVEN SIM: Pelaksanaan ABMS ini adalah langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja serta menunjukkan komitmen yang tinggi membanteras rasuah dalam perkhidmatan awam. - Gambar fail/BERNAMA
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
ABMS jadi panduan KSM perkukuh tadbir urus, tangani risiko rasuah
Ia dalam usaha mengukuhkan tadbir urus serta mengenal pasti risiko rasuah dan salah guna kuasa.
Rasuah Busters: Kerjasama rentas agensi perlu lebih strategik, sistematik tingkat integriti
Menurut Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah dan sebahagian daripadanya berpunca dari
Prolintas rakan strategik korporat pertama Rasuah Busters
Ketua Jabatan Integriti Prolintas, Dr Rozaidi Razali berkata, kerjasama itu bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang menolak rasuah.