PUTRAJAYA: Persidangan Wanita Desa Sedunia sebulat suara meluluskan beberapa resolusi di hari kedua persidangan tiga tahun sekali ke-30 hari ini, termasuk menggesa semua kerajaan membangunkan rancangan tindakan pekerjaan wanita luar bandar.
Presiden Persatuan Wanita Luar Bandar New Zealand Gill Naylor yang mencadangkan usul berkenaan berkata resolusi itu disasar bagi menambah baik keadaan di tempat kerja wanita, yang mungkin berhadapan dengan beberapa isu sepanjang kerjaya, termasuk tidak mendapat bayaran gaji yang setimpal dengan kerja yang dibuat.
"Bagi membangunkan pelan tindakan, penggubal perlu fokus kepada strategi jangka panjang termasuk bagaimana cara menambah baik daya tahan wanita dalam menghadapi ekonomi masa depan dan kejutan sosial.
"Kerajaan juga perlu tahu bagaimana mengenal pasti peluang dalam persekitaran kerangka kerja semasa atau pembiayaan semasa, yang boleh dikesan bagi mengurangkan ketidakseimbangan yang dihadapi antara satu sama lain," katanya semasa berucap di hadapan kira-kira 500 perwakilan yang menghadiri persidangan ACWW itu yang berlangsung selama sembilan hari.
ACWW ditubuhkan pada tahun 1929 untuk menyatukan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia, di samping berusaha menangani cabaran yang dihadapi akibat pengasingan komuniti mereka, diskriminasi dan kekurangan penglibatan mereka dalam proses politik.
Keahlian ACWW merangkumi 82 negara, dan sejak 1947 persatuan itu telah meluluskan lebih 180 resolusi dasar melalui undian popular.
Selain daripada rancangan tindakan pekerjaan, ahli ACWW turut meluluskan resolusi bagi menangani pembaziran dan analisis kesan gender luar bandar.
Dengan pembaziran makanan dianggar melibatkan kerugian kira-kira AS$940 di peringkat ekonomi global setiap tahun, pertubuhan itu menggesa semua kerajaan bekerjasama dengan pengusaha kedai-kedai runcit tempatan dalam mewujudkan program pendidikan mengenai sisa makanan.
Merujuk kepada analisis kesan jantina luar bandar pula, mereka berharap ia akan memberi manfaat kepada banyak negara dalam proses membuat keputusan, bagi memastikan tiada dasar berunsur berat sebelah terhadap komuniti wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Selain daripada rancangan tindakan pekerjaan, ahli ACWW turut meluluskan resolusi bagi menangani pembaziran dan analisis kesan gender luar bandar. - Gambar Bernama
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif