GEORGE TOWN: Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, paling menyedihkan apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur.
"Tangga gaji mereka berada pada tahap yang amat menyedihkan, malah boleh dianggap sebagai miskin bandar," katanya ketika dipetik menerusi rakaman video di Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada Selasa.
Ucapan amanat Mohd Shuhaily itu dihadiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia bertempat di Kompleks Cahaya, Universiti Sains Malaysia pada Jumaat.
Mohd Shuhaily berkata, apabila ada anggota polis baharu tandatangan sebagai konstabel tangga gaji mereka adalah RM1,441.
"Apabila dia habis tamat latihan keluar rekrut jawatan sama, mereka dapat gaji bersama elaun sebanyak RM1,800 dan bawa balik gaji bersih RM1,500,"
"Boleh anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu? Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak golongan kurang upaya (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, ketua atau penyelia, perlu ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib seperti itu.
"Sekiranya tuan boleh bantu maka bantulah," katanya.
Beliau berkata, selain masalah anggota kategori B40, terdapat juga pegawai atau anggota yang sanggup menolak kenaikan pangkat kerana tidak mahu berpindah ke tempat tugas baharu yang mungkin akan lebih membebankan keluarganya yang mengalami pelbagai jenis penyakit.
"Ada anggota datang jumpa saya beritahu, Datuk saya terpaksa tolak kenaikan pangkat kerana isteri lumpuh, anak berusia 21 tahun dan seorang lagi 20 tahun, kedua-dua mengalami penyakit 'Cerebral Palsy'.
"Setiap pagi saya kena angkat mereka untuk bersihkan, pakaikan baju dan siapkan segala keperluan mereka sebelum saya keluar bekerja," katanya.
Mohd Shuhaily, anggota polis itu turut memaklumkan walaupun dalam keadaan begitu, isterinya berusaha masak nasi lemak dan dia tolong jualkan di tempat kerja.
"Elaun dia keluar untuk kerja adalah untuk pembiayaan perubatan dan dia ada masa untuk anak-anak, sekiranya ditukarkan tugas, dia tak boleh membahagikan masa bersama keluarga," katanya.
Beliau berkata, sebagai seorang ayah dan suami, belum tentu dapat melaksanakan tanggungjawab seperti anggota terbabit.
Dalam pada itu Mohd Shuhaily turut menyatakan komitmennya untuk menyelesaikan segala masalah logistik yang dihadapi jabatannya, meskipun modal dan aset JSJ berada pada tahap yang amat menyedihkan.
"Allah SWT tempatkan tuan-tuan di sini (JSJ) dengan penuh kasih sayang, dengan penuh rasa hormat supaya tuan-tuan dapat melaksanakan dan memudahkan tugas dan saya telah tengok kejayaan seseorang anggota yang jauh lebih baik daripada saya.
"Apakah kejayaan itu? Kejayaan itu adalah dia sihat, anak dia berjaya dan keluarga dia bahagia dan hingga akhirnya, kita harus berubah kepada kejayaan seperti ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023

Mohd Shuhaily berkata, ketua atau penyelia, perlu ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib seperti itu. - Gambar fail

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran

Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 berkaitan kes dadah.

SPRM reman dua anggota polis didakwa minta rasuah RM6,000
Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki Nigeria gigit telinga koperal hingga putus direman empat hari
Suspek berusia 38 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus
Anggota polis tersebut mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

PRK Ayer Kuning: 92.6 peratus tunai tanggungjawab undi awal setakat 2 petang
Sebanyak 92.6 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab pada PRK DUN Ayer Kuning setakat 2 petang tadi.

PRK Ayer Kuning: 500 anggota polis bersama pasangan undi awal esok
Seramai 500 anggota polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi awal pada PRK DUN Ayer Kuning, esok.

Dua lelaki ditahan disyaki curi kabel TM
Dua lelaki ditahan selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar Sepang dengan melibatkan kerugian dianggar RM5,400.

1,114 pegawai, anggota polis ditugaskan untuk PRK DUN Ayer Kuning
Sejumlah 1,114 pegawai dan anggota polis daripada kontinjen Perak akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Anggota polis tertembak diri sendiri masih kritikal
Keadaan anggota polis yang tercedera akibat tertembak diri sendiri dalam kejadian di IPK Pulau Pinang semalam, masih kritikal.

Polis Korea Selatan perketat kawalan keselamatan menjelang keputusan pendakwaan Yoon
Polis Korea Selatan meletakkan pasukan mereka dalam keadaan berjaga-jaga tahap kedua tertinggi pada Khamis, sehari sebelum Mahkamah Perlembagaan menyampaikan keputusannya mengenai kes pendakwaan Yoon.