PUTRAJAYA: Ada berita baik akan diumumkan dalam masa terdekat bagi menghargai perjuangan dan pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya mengenai tribunal pengampunan bekas tentera dan menambah baik perkara berkaitan pencen terbitan untuk balu tentera.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keperluan veteran ATM yang menyentuh kepada kebajikan dan pembelaan nasib mereka akan diteruskan dan usahanya memimpin Kementerian Pertahanan sembilan bulan lepas akan membawa lebih banyak berita gembira.
"Namun, ia perlu menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan kerana ia melibatkan kementerian dan jabatan lain serta perkara bersandarkan kepada peruntukan yang kini sedang dalam perbincangan.
Saya beri jaminan mana-mana yang dapat diselesaikan, kita akan umum dalam masa terdekat. Dua perkara yang saya sebut itu dah sampai ke tahap saya, boleh umum dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan upacara perbarisan veteran ATM sempena Sambutan Ulang Tahun Persatuan Veteran ATM ke-100, di Dataran Pahlawan Negara, di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, veteran ATM boleh menyuarakan keinginan mereka tetapi perlu juga memahami kedudukan kehendak mereka dengan cabaran keadaan semasa.
"Antaranya memerlukan perancangan kewangan negara yang cukup teliti terutamanya ketika negara masih dalam usaha untuk pulih semula daripada kesan pandemik selama lebih dua tahun ini.
Isu yang dibangkitkan veteran, datang dan pergi mengikut zaman tetapi kewujudan veteran serta maruah tersebut mesti dipertahankan dan untuk mempertahankan kedudukan persatuan dan perjuangan itu bukan bersandarkan kepada wang ringgit tetapi kepada pegangan nilai perjuangan yang sinonim dengan bekas anggota ATM," katanya.
Hishammuddin juga memberi jaminan akan meneruskan apa yang dirancang ketika beliau memegang portfolio Menteri Pertahanan pada 2013 hingga 2018 dan kerajaan selama ini prihatin dan proaktif dalam memenuhi tuntutan veteran ATM.
Sementara itu, Hishammuddin berkata inisiatif peluang kerjaya kedua bagi veteran ATM itu berterusan ke peringkat akar umbi.
"Sebagai contoh, kedai di persekitaran 3,500 unit rumah Program Satu Rumah Satu Anggota diberi keutamaan kepada veteran untuk memulakan perniagaan dan projek Kapal Tempur Pesisir di Lumut yang diteruskan melibatkan vendor veteran ATM," katanya.
Mengulas mengenai cadangan pembinaan hospital khusus untuk veteran ATM yang diumumkan beliau pada tahun 2018, Hishammuddin menjelaskan ketika itu banyak perkara yang dicadangkan namun isu itu perlu dikaji semula untuk melihat sama ada ia sesuatu yang realistik untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
Hishammuddin sebelum ini menjadi Menteri Pertahanan pada 2013 hingga 2018 dan dilantik sebagai Menteri Luar pada 2020. Beliau kembali menjadi Menteri Pertahanan pada Ogos 2021 di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Turut hadir majlis itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dan Presiden Persatuan Veteran ATM Datuk Sharuddin Omar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Hishammuddin beramah mesra dengan veteran ATM selepas upacara perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Persatuan Veteran ATM ke-100, di Dataran Pahlawan Negara. - Facebook Hishammuddin Hussein
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.