awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/06/2024
08:24 MYT
'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia satu cubaan menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyebaran fitnah terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, kononnya baginda terbabit dalam tuduhan rasuah melibatkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjumlah RM20 juta, adalah cubaan hasutan jahat.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Kerajaan Negeri Johor melihat perkara itu adalah cubaan untuk menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
Katanya lagi, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap perkara tersebut, dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu menggugat keharmonian dan kedaulatan negeri serta negara.
“Kerajaan Negeri telah membuat laporan polis berkaitan perkara ini dan menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit menyebarkan hasutan ini.
“Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan kedaulatan institusi diraja, yang mampu mengancam keharmonian negeri dan negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum,” katanya lagi.
Beliau berkata, fitnah itu antara lain menuduh Tunku Mahkota Ismail terbabit kes rasuah melibatkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.
Topic Berkaitan
#Kes rasuah Pengarah SPRM
#Menteri Besar Johor
#tunku mahkota ismail
#Mohamad Zamri Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan