awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2025
15:45 MYT
Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar. - PDRM
KUALA LUMPUR : Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar.
Malah tegasnya, siasatan ke atas bot PATI itu pula menemukan dua bilah parang dan pihaknya sudah merakam keterangan 14 anggota APMM.
"Polis mendapati bot dinaiki PATI yang cuba keluar dari perairan negara mereka bertembung dengan bot peronda APMM. Dalam pertembungan itu dipercayai ada berlaku provokasi yang menyebabkan bot PATI ini ada melanggar bot APMM dalam usaha mereka melarikan diri apabila diarah untuk berhenti.
"Dalam proses itu, berlaku insiden menembak yang mana ada provokasi daripada pihak yang berada di (atas) bot PATI ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tambah Hussein, dua daripada empat PATI yang menerima rawatan dibenarkan keluar dan kini ditahan pihak polis untuk siasatan.
Katanya, setakat ini dua lagi mangsa yang cedera masing-masing dirawat di hospital di Serdang dan Klang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
Dalam kejadian pukul 3 pagi 24 Januari lalu, bot APMM dilanggar empat kali oleh sebuah bot dipercayai milik suspek ketika menjalankan tugas rondaan perairan terbabit.
Topic Berkaitan
#tembakan
#langgar bot
#APMM
#warga Indonesia
#provokasi
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan