awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADAB sokong cadangan kawasan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
05/02/2023
22:00 MYT
ADAB sokong cadangan kawasan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
ADAB berharap Dunia Melayu itu akan menjadi kawasan yang sentiasa hidup segar, penuh bermaya dengan semangat peradaban rumpun Melayu dan merangsang pengetahuan budaya Melayu di negara ini.
KUALA LUMPUR: Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) menyokong cadangan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan satu kawasan 'Dunia Melayu' di ibu negara.
Pengerusi Majlis ADAB Datuk Dr Ghazali Mohd Yusof berkata kewujudan kawasan seperti itu di ibu kota negara akan menarik kedatangan pelawat luar negara bagi urusan peniagaan atau rasmi kerajaan sekali gus membolehkan mereka mengenali Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan bermakna.
"Gambaran Tan Sri Dr Rais akan cadangan ini (kawasan Dunia Melayu) iaitu satu permukiman pentas seni budaya, muzik, penghasilan pertukangan, kuisin (hidangan), serta kehidupan bernilai budaya tinggi.
"Amat tepat sekali bagi masyarakat Melayu yang memiliki peradaban mulia dan tinggi, namun sering tidak dikenali, malah oleh sebahagian daripada orang Melayu sendiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jumaat lepas, media melaporkan Rais menyarankan DBKL untuk mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.
Dalam pada itu, Ghazali berkata pihaknya turut berharap agar kawasan Dunia Melayu itu dapat menjadi kawasan yang sentiasa hidup segar, penuh bermaya dengan semangat peradaban rumpun Melayu dan seterusnya merangsang pengetahuan budaya Melayu di negara ini.
"Dalam mendukung sasaran pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, DBKL perlu menyasarkan bukan sahaja pembangunan manusia daripada segi kebendaan dan kesentosaan dan meninggalkan kemiskinan, serta kesaksamaan jantina, tetapi juga pemeliharaan dan kelestarian budaya asli sebagai satu kekayaan kemanusiaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adab
#Dunia Melayu
#DBKL
#Ghazali Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan