DREBAR
Adakah tumbuhan ‘dandelion’ menjadi ancaman kepada getah asli?

Dan sekarang, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka sudah memulakan proses pembangunan seterusnya di beberapa litar dan lokasi percubaan. Continental berharap akan dapat mengeluarkan tayar inovatif yang menggunakan getah dandelion pada skala besar-besaran antara lima hingga sepuluh tahun lagi.
Tayar-tayar pertama untuk ujian yang akan dijalankan adalah jenis tayar musim sejuk (WinterContact TS 850 P) kerana ia, secara pembuatan konvensional, memerlukan kandungan getah yang lebih banyak.
Untuk ini, ujian sedang dijalankan di tapak ujian Continental yang terletak di Arvidsjaur, Sweden. Jika keperluan untuk ujian tayar musim panas tiba, Continental juga ada tapak ujian Contidrom yang terletak di Hanover, Jerman.
Hanya spesies dandelion daripada Rusia sahaja didapati mengeluarkan getah dengan jumlah yang sesuai. Dan spesies ini juga telah dibiakkan (tanpa modifikasi genetik) agar memberi hasil yang lebih tinggi serta tahan lasak.
Objektif jangka panjang projek ini adalah untuk memberi tindak balas yang sesuai dari segi ekologi, ekonomi dan sosial kepada permintaan bagi getah asli yang semakin meningkat. Kebergantungan industri tayar kepada getah asli daripada negara-negara tropik juga dapat dikurangkan, selain tidak terdedah kepada harganya yang berubah-ubah di pasaran komoditi.
Dari segi lojistik, tumbuhan dandelion yang boleh ditanam di tanah subur Eropah yang belum diusahakan adalah lebih dekat kepada kilang-kilang tayar Continental di benua tersebut. Ini akan menyumbang kepada pengurangan kos pengangkutan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami