awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adaptasi kemahiran pertanian pintar, perkukuh posisi Felda - PM

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2021
08:39 MYT
Adaptasi kemahiran pertanian pintar, perkukuh posisi Felda - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Felda bakal berada di posisi terbaik sebagai peneraju utama sektor pengeluaran makanan negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Felda bakal berada di posisi terbaik sebagai peneraju utama sektor pengeluaran makanan negara.
Menurut beliau, ia mampu direalisasikan apabila Felda yang memiliki bank tanah pertanian yang luas, mengadaptasi kemahiran dalam pertanian pintar termasuk melalui inisiatif Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang diperkenalkan.
"Saya amat teruja berkenaan PPP yang dirangka khusus untuk menggalakkan warga Felda menceburi bidang keusahawanan sebagai batu loncatan bagi reformasi atau penyusunan semula komuniti Felda yang berdikari dan lestari.
"Saya yakin penjayaan program ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada kitaran harga komoditi serta dapat mempelbagaikan sumber pendapatan warga Felda.
"InsyaAllah, pendekatan baru ini akan menjadikan Felda sebagai satu contoh rangka tindakan untuk pembangunan luar bandar akan datang, sejajar dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030)," ujarnya.
BACA: Kerajaan setuju lupus pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion - PM
BACA: Kerajaan terbit sukuk RM9.9 bilion, tambah baik model perniagaan Felda - PM
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2021 secara maya pada Rabu.
Sehubungan itu, beliau berkata terdapat peluang yang terbuka luas buat warga peneroka untuk turut sama dalam skala yang lebih besar, dalam usaha kerajaan mengukuhkan jaringan jaminan makanan negara.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#keusahawanan
#Felda
#pertanian pintar
#kemahiran
#Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
#Program Pembangunan Peneroka
#Hari Peneroka Felda 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan