Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima Tan Sri Adenan Satem membayangkan beliau tidak akan melakukan sebarang perubahan dalam Kabinet negeri, sebaliknya hanya merombak portfolio menteri.
Sambil memberi jaminan untuk mengekalkan Kabinet yang sama demi semangat kerjasama pasukan yang sedia ada, Adenan yang akan memulakan tugas baharu itu pada 1 Mac ini, berkata beliau akan berbincang dengan anggota Kabinet mengenai perubahan portfolio menteri.
"Selama ini, kita telah bekerjasama secara berpasukan dalam keadaan susah dan senang, jadi tidak usahlah kita tukar kuda di tengah jalan.
"Kita kekal dengan pasukan yang sama tetapi akan ada perubahan portfolio menteri. Namun, saya akan terlebih dahulu berbincang dengan ahli-ahli kabinet," katanya dalam sidang media di pejabat Yayasan Sarawak di sini, hari ini.
Beliau juga akan membincangkan kemungkinan mengisi jawatan timbalan ketua menteri, yang sebelum disandang Tan Sri Dr George Chan.
Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri menegaskan beliau mahu menjadi ketua menteri untuk semua rakyat Sarawak termasuk mereka dalam parti pembangkang.
Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden PBB dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang juga Naib Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menyokong pelantikan beliau sebagai bakal ketua menteri.
Dengan sokongan mereka, katanya beliau akan memastikan tidak ada perpecahan dan puak dalam PBB walaupun ada pihak luar yang mahu melihat parti tunjang komponen Barisan Nasional (BN) negeri itu berpecah belah.
Ditanya sama ada beliau dilantik sebagai ketua menteri kerana kejujurannya kepada parti dan Taib, Adenan secara berseloroh menjawab: "Terima kasih di atas pujian yang ditujukan kepada saya...saya berharap ia tidak akan membuat kepala saya besar kepala," Menurutnya bukan beliau sahaja yang jujur kepada parti malah pemimpin-pemimpin lain juga demikian termasuk Abang Johari dan Awang Tengah.
"Kejujuran kedua-duanya tidak sepatutnya dipersoal," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau mengerjakan umrah dengan Taib baru-baru ini, Adenan berkata pertemuannya dengan Taib di Makkah adalah secara kebetulan.
"Saya tidak ke sana bersama beliau. Saya terjumpa dengan beliau di sana. Saya memang sudah lama mahu mengerjakan umrah selepas saya pulih daripada sakit," katanya.
Adenan yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak berkata tahun lepas, beliau tidak sihat dan mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Mount Elizabeth di Singapura.
"Syukurlah dengan kehendak Allah dan sokongan isteri dan anak-anak, saya dapat sembuh. Semasa sakit pun saya mengatakan pada diri saya bahawa kalau saya sembuh saya akan pergi mengerjakan umrah dan bersyukur niat saya itu tercapai," katanya.
Beliau turut terharu dengan pujian dan ucapan tahniah serta doa daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Taib serta rakyat negeri ini berikutan diberi kepercayaan menerajui Sarawak.
Adenan turut menyangkal dakwaan dalam media sosial kononnya pelantikan beliau sudah dirancang lebih awal sehingga mengejutkan Muhyiddin dan pemimpin BN yang lain.
Ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapinya apabila mengetuai tampuk kerajaan negeri, Adenan berkata beliau mahu menyelesaikan konflik dalaman yang dihadapi dua parti komponen BN negeri iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Masalah dalaman parti-parti berkenaan harus diselesaikan sebelum pilihan raya negeri ke-11 pada 2016, katanya.
Dalam pada itu, katanya beliau bersedia mendengar nasihat sepanjang beliau menerajui negeri ini kelak.
Ditanya berapa lamakah beliau akan menjadi ketua menteri, Adenan berkata beliau akan menyandang jawatan itu selagi khidmatnya diperlukan.
"Dalam politik, lebih baik anda melompat keluar (berhenti) sebelum anda ditolak," katanya.
Bernama
Fri Feb 14 2014
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
60 tahun memerintah sendiri, Resolusi Kapit dan hak istimewa Sarawak
Detik ini menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah dan lahirnya Sarawak sebagai sebuah negara yang memerintah sendiri.
Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'
Tegasnya, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.
Istilah Premier di Sarawak: Perubahan besar atau hanya 'kosmetik'? - Jeniri
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan Ketua Menteri kepada Premier.
Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak
Persatuan Genealogi Malaysia mencadangkan agar istilah 'bendahara' digunakan bagi merujuk kepada jawatan Ketua Kerajaan Sarawak.
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.
Mengenang Tok Nan: Selepas lima tahun, aura Allahyarham masih hangat
Hari ini, genap lima tahun Tok Nan atau Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem pergi meninggalkan kita. Pun begitu, aura Tok Nan masih terasa hangat.
Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM
Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.
Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga
Jaringan internet kini dinikmati penduduk di kawasan rumah panjang.
Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak bakal disiarkan di Astro AWANI
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal mengadakan sidang media khas pada jam 9.00 pagi nanti (Jumaat).
PRN Sarawak: SPR bakal adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.