awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
MALAYSIA
PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/12/2021
06:23 MYT
Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengdakan panggilan video secara langsung dari Rumah Panjang Long Bangan, Belaga bersama Kaunselor Betik Lahang. - Gambar Astro AWANI
SIMUNJAN: Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berpeluang melakukan panggilan video secara langsung dari Rumah Panjang Long Bangan, Belaga.
Panggilan daripada Kaunselor Betik Lahang bersama Ketua Menteri Sarawak itu berlangsung selama beberapa minit sebagai menzahirkan penghargaan kerana kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah capaian internet di kawasan luar bandar.
Jaringan internet itu dinikmati penduduk di kawasan rumah panjang tersebut hasil usaha kerajaan melalui Sarawak Linking Urban Rural and Nation (Saluran-MySRBN).
Abang Johari ketika berucap pada majlis pelancaran Saluran-MySRBN Simunjan, berkata penggunaan teknologi baharu akan menjamin pembangunan termasuk di kawasan luar bandar.
“Jadi di Simunjan selalu orang kata ‘blind spot’ kadang-kadang tiada signal (isyarat jaringan), jadi MySRBN itu akan memberi kemudahan untuk adik kakak berhubung dengan rakan-rakan melalui internet.
“Inilah apa yang kita buat melaksanakan (jaringan internet) di seluruh Simunjan termasuk kawasan berdekatan dengan Simunjan,” katanya.
Melalui Sarawak Multimedia Autority (SMA), Abang Johari menambah, pembangunan telekomunikasi di negeri itu juga akan lebih terperinci dan berstruktur.
“Jadi tuan-tuan Insya-Allah selagi saya Ketua Menteri, kita akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana rakyat berkehendakkannya.
“Jadi sebab itu kerajaan negeri kita buat kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) itu, tak bergantung dengan Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan). Kita menguruskan (negeri) mengikut budaya, ala Sarawak termasuk internet.
“Mereka ada MCMC (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), tapi kita ada SMA yang bekerja dengan MCMC. Jadi pembangunan kita dari segi hal-hal telekomunikasi lebih terperinci dan tersusun,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Tan Sri Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, pelancaran SALURAN-MySRBN Simunjan menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyediakan kesalinghubungan antara masyarakat luar bandar dan pinggir bandar negeri itu.
Menurut beliau, secara keseluruhan lebih 1,200 menara dijangka siap pada penghujung 2022.
“Ini selaras dengan sasaran kami untuk menyediakan jaringan internet lebih 90 peratus menjelang 2025, sekali gus memastikan Sarawak boleh mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.
Di daerah Simunjan dan Gedong terdapat empat menara yang telah dilengkapi MySRBN sejak Februari lalu.
Sehingga kini, 447 premis (306 di Simunjan dan 141 di Gedong) telah memperoleh perkhidmatan MySRBN.
Sebanyak lapan lagi menara SMART dijangka dibina iaitu lima di Simunjan dan tiga di Gedong.
Topic Berkaitan
#internet luar bandar
#Rumah Panjang Long Bangan
#Ketua Menteri Sarawak
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami