awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM

Bernama
Bernama
06/01/2022
05:46 MYT
Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM
Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Dis lepas setelah gabungan politik tempatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.
Beliau turut berharap barisan Kabinet baharu terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda yang telah mengangkat sumpah secara maya Selasa lepas, dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak.
"Saya ucapkan tahniah kepada barisan Kabinet yang baharu. Semoga dengan pemilihan baharu ini, barisan Kabinet yang diketuai oleh Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak dan menteri-menteri muda pada 4 Jan itu melakar sejarah tersendiri apabila berlangsung secara maya menyaksikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menerima pelantikan mereka di Astana Negeri dengan istiadat dijalankan secara fizikal di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Dis lepas setelah gabungan politik tempatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12.
GPS, yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihan raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Abang Jo
#Kabinet Baharu
#Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan