awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik Iman Adam menunggu pulih

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2013
00:56 MYT
Adik Iman Adam menunggu pulih
Kanak-kanak mangsa langgar lari, Iman Adam Raman, dari Kuala Terengganu terpaksa menunggu kira-kira lima tahun bagi menjalani pembedahan di bahagian kepala.
Ia bagi memastikan cip yang dipasang bahagian berkenaan benar-benar stabil.
Sebelum ini, doktor yang merawatnya menjangkakan Iman hanya mampu bertahan selama enam bulan.
Bagaimanapun pemasangan dua cip bagi mengawal darah beku, mangsa yang berusia sembilan tahun mula menunjukkan reaksi positif.
“Tiada perubahan besar yang berlaku lagi... macam itu saja lah, angkat tangan... cuma dia boleh bersuaralah... nangis boleh nangis dah... kalau kita cubit... dia nangis lah... macam ada rasa dah lah,” kata ibunya Nik Aini Muhammad, 51.
“Kalau dulu, cucuk lah, nak cucuk banyak mana... nak ambil darah berapa botol sehari pun tidak bergerak. Tetapi semua ini sudah lambat, ” tambahnya.
Berdasarkan perkembangan itu, Nik Aini yakin anak bongsu dari sembilan beradik itu akan pulih.
Sebelum ini, Astro Awani menyiarkan kisah malang Iman Adam pada Disember 2011 dan mendapat simpati pelbagai pihak.
Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengagihkan bantuan bulanan lima ratus ringgit serta bantuan khas di bawah tabung pesakit kronik.
Dalam kejadian kira kira jam 8 pagi, 2 Mei 2011, mangsa lumpuh seluruh anggota selepas dirempuh motosikal ketika berjalan ke kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kampung Kubang Jela, Manir.
Topic Berkaitan
#Iman Adam Raman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan