Skip to main content

Malaysia

Adinda Sultan Selangor mangkat

Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira jam 10.15 pagi kerana sakit tua. -- SINAR HARIAN
Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau di Seksyen 12 Shah Alam hari ini. -Foto Sinar Harian
Advertisement

SHAH ALAM: Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau, di Seksyen 12, di sini, hari ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira 10.15 pagi kerana sakit tua.

“Jenazah Almarhum Tengku Putri Arafiah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk disolatkan selepas solat Jumaat.

“Majlis pemakaman dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini,” menurut sumber tersebut.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka berangkat bagi menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

Turut dijangka berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement