awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam

Bernama
Bernama
23/07/2024
14:16 MYT
Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam
S Sundarajoo mengadakan sidang akhbar selepas beliau bersama JAS Pulau Pinang membuat pemeriksaan mengejut di sebuah kilang pembuatan besi di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai. - Gambar Bernama
BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang pembuatan logam di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di sini susulan aduan pencemaran udara.
JAS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan jabatan itu menerima aduan penduduk sekitar berhubung pencemaran udara yang mengandungi bahan pencemar seperti habuk besi yang dikesan pada tingkap kediaman, kenderaan, dinding dan lantai bangunan.
"Berdasarkan siasatan, pelepasan di kilang itu didapati melebihi had ditetapkan dan sering berlaku pelepasan beban cemar berlebihan dalam keadaan luar jangka disebabkan kegagalan sistem kawalan pencemaran beroperasi dengan baik," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu menyebut kilang berkenaan didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan tindakan diambil melalui Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Pulau Pinang telah mengarahkan kilang itu mengambil beberapa tindakan termasuk memasang dan mengendalikan apa-apa kawalan atau kelengkapan kawalan tambahan serta membaiki kelengkapan kawalan.
Selain itu, kilang itu juga perlu mengukur, mengambil sampel, menganalisa, merekod dan melaporkan buangan bendasing atau pencemar dari cerobong dan yang telah terdampar di kawasan sekitar serta menjalankan dan mengendalikan program pengawasan kualiti udara 24 jam untuk tempoh 12 bulan bagi parameter ditetapkan bermula 1 Ogos.
JAS Pulau Pinang juga telah membuka kertas siasatan ke atas kilang itu di bawah Peraturan 13 dan Peraturan 17(3) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#kawalan tambahan
#bahan pencemar
#habuk besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan