Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun ini.
Amirudin berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut setelah menyedari pelbagai isu khusunya melibatkan kepentingan rakyat dan masa depan demokrasi negara muncul selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Katanya, gerakan kepemudaan perlu terus diperkukuh supaya lebih berdaya dan progresif.
"Agenda membangun organisasi kepemudaan harus menjadi keutamaan untuk mendorong massa yang lebih progresif bertunjangkan asas pemikiran yang intelek serta prinsip perjuangan yang tercerna daripada nilai-nilai murni masyarakat.
"Kesatuan pemikiran dan perjuangan generasi muda hari ini adalah harapan rakyat Malaysia yang tidak pernah surut semangat untuk bersama arus perubahan.
"Maka KEADILAN harus menerajui usaha ini untuk membangun suatu gerakan kepemudaan yang benar-benar mendepani masalah dan keperitan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media.
Amirudin merupakan ADUN Batu Caves untuk penggal kedua berturut-turut selepas memenanginya buat pertama kali pada PRU12 pada 2008 mendakwa mendapat sokongan dari akar umbi untuk bertanding jawatan tersebut.
Sebelum ini beliau memegang jawatan Timbalan Ketua AMK. Jawatan Ketua AMK kini disandang oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin.
Pemilihan jawatan dalam PKR yang ditangguhkan sebelum ini kerana PRU13 dan perlu diadakan sebelum Mei tahun ini.
Astro Awani
Tue Jan 07 2014
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Adun Batu Caves tawar diri tanding Ketua AMK Pusat
Amirudin Shari berkata agenda membangun organisasi kepemudaan harus menjadi keutamaan.