Sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini kecoh apabila Datuk Abu Hassan Sharif (BN-Kota Siputeh) diarah keluar kerana enggan mematuhi arahan Speaker Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Lim dalam penggulungannya membangkitkan isu anak lelaki Abu Hassan yang didakwa menjawat jawatan gred N41 sebagai tidak wajar kerana jawatan itu tidak pernah wujud dalam Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP).
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia itu memberitahu dewan bahawa selepas diketahui bahawa pelantikan itu tidak wajar, anak Abu Hassan telah ditawarkan jawatan lebih rendah iaitu gred N17 jika masih mahu berkhidmat dengan MPKP, namun dia menolak.
Abu Hassan yang berang dengan kenyataan itu berkata beliau seharusnya diberi peluang untuk bercakap bagi menjelaskan perkara itu kerana ia melibatkan maruah anaknya.
Abu Hassan akhirnya diarahkan keluar dewan kerana enggan diam dan sebelum meninggalkan dewan beliau turut meminta semua 12 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang lain bersamanya kerana menganggap tiada semangat demokrasi diamalkan dalam dewan itu.
Semua 12 Adun BN serta Radzi Salleh (Bebas-Lunas) kemudiannya turut keluar dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker itu.
Bagaimanapun, 12 Adun BN itu dan Radzi kemudiannya masuk semula ke dalam dewan 15 minit kemudian kecuali Abu Hassan.
Sementara itu Abu Hassan memberitahu pemberita di luar dewan bahawa beliau berasa kecewa dengan arahan Speaker yang sepatutnya menjadi 'penyubur' demokrasi di dalam dewan.
"Kerajaan ini (kerajaan negeri Kedah) tidak bertanggung jawab dan tidak mengamalkan demokrasi. Mereka tak berani berdepan dengan rakyat, bila kita nak tanya soalan depa kata kita salah," kata Abu Hassan.
Bernama
Thu Nov 22 2012
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.