awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Endau cedera kereta terbabas elak monyet

Bernama
Bernama
29/01/2013
07:37 MYT
ADUN Endau cedera kereta terbabas elak monyet
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau Datuk Zainal Abidin Osman terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Jemaluang, Kota Tinggi-Mersing Selasa.
Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor itu terbabas setelah mengelak monyet melintas jalan berkenaan berhampiran Balai Polis Sungai Ambat.
Ketua Polis Daerah DSP Mohd Nor Rasid mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 8.45 pagi.
Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menghadiri majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di Mersing yang dijadualkan pada 10 pagi tadi.
Zainal Abidin yang mengalami kecederaan ringan di pipi dan dahi menerima rawatan di Hospital Mersing sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut.
Pemandu beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#Adun Endau
#kemalangan
#terbabas
#Zainal Abidin Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan