awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adun Lendu meninggal dunia akibat barah usus

Bernama
Bernama
10/03/2013
13:36 MYT
Adun Lendu meninggal dunia akibat barah usus
Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Timbalan Speaker DUN Melaka Datuk Idderis Kassim meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putra di sini kira-kira 6.50 petang.
Allahyarham Idderis, 66, meninggalkan isteri Datin Rohani Yunus dan dua anak lelaki Zamran dan Zulkarnain.
Zamran, 39, ketika ditemui pemberita berkata bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 19 Feb lepas.
"Arwah menghidap penyakit barah sejak 2011 dan keadaannya bertambah kritikal kira-kira 4.30 petang tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di hadapan seluruh ahli keluarga," katanya.
Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ayer Limau pada 11 pagi Isnin.
Pada pilihan raya umum ke-12, Allahyarham Idderis yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Mohd Amir Yaakub dengan majoriti 1,633 undi.
Topic Berkaitan
#ADUN Lendu
#Datuk Idderis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan