awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Mahkota meninggal dunia

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
02/08/2024
04:53 MYT
ADUN Mahkota meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di laman Facebooknya pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63 disahkan sudah meninggal dunia pada jam 12.30 tengahari tadi.
Perkhabaran duka itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di laman Facebooknya sebentar tadi.
“Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
“Pemergian Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.
"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi Jumaat.
Allahyarham Sharifah Azizah dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini sejak hujung bulan lalu akibat pendarahan dalaman.
Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom selepas solat Jumaat sebelum dibawa balik untuk diberi penghormatan terakhir di kediaman beliau di Jalan Ahmad Khan, di sini.
Pengebumian akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu di sini, selepas Asar.
Topic Berkaitan
#ADUN Mahkota
#Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia
#Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom
#pendarahan dalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan