awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adzli Abu Shah pangku jawatan Ketua Polis Kedah

Bernama
Bernama
17/07/2025
07:30 MYT
Adzli Abu Shah pangku jawatan Ketua Polis Kedah
Datuk Abdul Aziz Abdul Majid (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan tugas antara Datuk Fisol Salleh (kiri) dengan Adzli Abu Shah (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di IPK Kedah di sini hari ini.
ALOR SETAR: Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah memangku jawatan Ketua Polis Kedah, berkuat kuasa hari ini.

Ringkasan AI
  • DCP Adzli Abu Shah memangku jawatan Ketua Polis Kedah berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Fisol Salleh yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi).
  • Majlis serah terima tugas berlangsung di IPK Kedah dan disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, turut disertai acara penyerahan jawatan Pengerusi PERKEP.
  • Fisol menzahirkan penghargaan atas komitmen warga polis Kedah, termasuk kejayaan menurunkan kadar kemalangan maut di Kuala Muda serta usaha membanteras aktiviti dadah.

Ia susulan pertukaran bekas Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh yang akan melapor diri ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi).
Majlis serah terima tugas antara Fisol dan Adzli diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini dengan disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.
Fisol yang berkhidmat di Kontinjen Kedah selama lebih dua tahun turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan oleh seluruh warga polis Kedah dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
"Daerah Kuala Muda mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi di Malaysia pada 2023 dan 2024 tetapi dengan komitmen semua pihak kini ia turun ke tempat ke-15...bukan setakat kemalangan malah dalam membasmi aktiviti dadah," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Turut berlangsung pada majlis itu ialah acara serah terima jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) antara Datin Norli Ahmad dengan Hasnah Sagap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Kedah
#Adzli Abu Shah
#Fisol Salleh
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan