Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan 852 kompaun kepada pemilik kediaman dan premis perniagaan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kerana membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merekodkan 385 kompaun iaitu yang tertinggi diikuti 135 kompaun masing-masing dikeluarkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
"Kompaun dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi operasi pemantauan dan pencegahan denggi yang dilakukan dari semasa ke semasa.
"Tindakan tegas diambil terhadap pihak yang enggan memberi kerjasama serta masih berdegil. Kes denggi tinggi berikutan pertambahan bilangan penduduk dan ia semakin membimbangan apabila masyarakat mengabaikan aspek kebersihan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.
Dr Siti Mariah (Amanah-Seri Serdang) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Michelle Ng Mei Sze (DAP-Subang Jaya) berhubung jumlah kompaun kes denggi yang dikeluarkan sepanjang tahun ini.
Beliau berkata untuk kes demam denggi di Selangor setakat ini pula, ia merekodkan trend penurunan dengan 9,415 kes direkodkan pada Januari, Februari (6,797 kes), Mac (4,782 kes), April (3,118 kes), Mei (2,831 kes) dan Jun (3,188 kes).
"Statistik menunjukkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengurangkan kes denggi apabila bilangan mereka dijangkiti menurun pada Mac sehingga Jun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020

Ada kediaman persendirian dan premis perniagaan dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PKP di tujuh daerah, jajahan di Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mereka yang sudah disaring patut terus divaksin - Dr Malina
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman mencadangkan supaya mereka yang negatif ujian saringan perlu terus divaksin untuk menjimat masa dan membantu mempercepatkan proses vaksinasi kelompok.

Pendidikan kesihatan & penguatkuasaan intensif perlu untuk bendung gelombang keempat - Dr Syed Mohamed Aljunid
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid merasakan perlunya peruntukan sumber yang lebih kepada usaha mempertingkat kesedaran orang ramai bersama penguatkuasaan pematuhan SOP supaya tidak berlaku gelombang jangkitan keempat COVID-19.

MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak
Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.

Menteri KPDNHEP bimbang pematuhan SOP di bazar Ramadan ramai pengunjung
Seorang menteri Kabinet bimbang dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di Presint 3 di sini.

Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.

Agenda AWANI: Manfaat wakaf tunai dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Penjawat awam digalak terbabit dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji berkala dan sukarela, apakah manfaatnya? Diskusi Nazri Kahar bersama Presiden CUEPACS, Adnan Mat didalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Waspada ancaman gelombang ke-4 COVID-19
Trend nilai kebolehjangkitan COVID-19 catat angka tertinggi buat 3 hari berturut-turut dengan angka positif meningkat menyebabkan ramai yang bimbang tentang wujudnya gelombang ke-4 COVID-19 dalam negara.
![AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899786/24021815641618405470200_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Perayaan | Sambutan Tahun Baru Tamil di Perak
Pada setiap tahun, tarikh 14 April merupakan hari pertama dalam Kalendar Tamil. Perayaan Tahun Baru Tamil atau Citthirai Puthandu dianggap suci dan diraikan meriah oleh masyarakat tamil di seluruh dunia. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perayaan ini, wakil Astro AWANI Perak, Amirrul Rabbani Rashid ada butirannya.

2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka
Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas.

Pencemaran air Sungai Semenyih: Sudah tiba masa operasi kilang tepi sungai dipantau - Penduduk
Isu catuan air di negeri Selangor bukan sesuatu yang baharu bagi penduduk di beberapa daerah terutamanya di Subang Jaya.

Denggi: 2,119 kes, enam kematian di Melaka sehingga 26 Sept
Melaka merekodkan sebanyak 2,119 kes demam denggi dengan enam kematian dalam tempoh sejak Januari sehingga Sabtu lepas.

Agong titah rakyat jangan sambil lewa, alpa pematuhan SOP bendung COVID-19
Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.

Aedes: 852 kompaun dikeluarkan di Selangor sehingga Jun tahun ini
MBSA merekodkan 385 kompaun iaitu yang tertinggi diikuti 135 kompaun masing-masing dikeluarkan kepada MBPJ dan MDKS.

20 kematian akibat denggi di Johor sejak Januari hingga Jun
Sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti.

Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

Malaria: 'Fogging' bukan kaedah pencegahan yang efektif - Pakar
Nyamuk Anopheles aktif sepanjang malam, justeru fogging tidak begitu membantu atau berkesan dalam tempoh masa yang dimahukan.

Kes demam denggi di Pulau Pinang catat peningkatan minggu lepas
Ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak aktif iaitu satu hotspot di Taman Air Itam dari daerah Timur Laut manakala satu lokaliti wabak tidak terkawal di Desa Baiduri dari daerah sama.

Tawau catat 488 kes denggi, Taman Semarak fasa 2B,fasa 2A diisytihar kawasan wabak
Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau merekodkan 488 kes denggi di daerah itu bagi tempoh Januari hingga hari ini, kata pegawainya, Dr G Navindran.