KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agama sering disalah guna untuk memanfaatkan kumpulan kecil tertentu akibat kejahilan atau salah faham.
Justeru itu, beliau berkata setiap individu perlu mempunyai kefahaman yang lebih mendalam dan betul mengenai agama bagi memastikan ia mampu berfungsi secara positif serta inklusif untuk semua.
".... dengan pencerahan dan kefahaman yang lebih mendalam, kita boleh berbicara tentang MADANI, Islam dan Ketuanan Melayu... tanpa kefahaman mendalam, ia akan menjadi kupasan yang dangkal.
"Islam akan menjadi bahan yang meremehkan orang lain, tidak mengangkat martabat mereka dan kaum akan menjadi alasan bagi kelompok yang berkuasa atau bercita-cita tinggi untuk memperalat serta menakut-nakutkan supaya mereka boleh merampok sebanyak mungkin," katanya ketika berucap pada Forum MADANI Global 2024 di sini.
Forum dua hari yang bertema 'Catalysing The Next Civilisation Revival' itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Perdana Menteri juga berkata konsep MADANI yang diperkenal oleh kerajaan pimpinan beliau mendukung prinsip keadilan serta keterangkuman kerana ia tidak boleh menjadi eksklusif untuk Malaysia yang merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan agama.
"Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, atau Indonesia, atau Mesir, ia diterajui orang Islam kerana mereka membentuk majoriti namun penglibatan adalah terbuka untuk mereka yang memahami nilai-nilai kebebasan. Prinsip keadilan, kehormatan dan maruah untuk setiap rakyat," katanya.
Menerusi hantaran di laman Facebook pula, Anwar berkata tumpuan kepada pembangunan ekonomi di Malaysia juga tidak seharusnya meminggirkan nilai-nilai kemanusiaan dan kerangka MADANI adalah bersepadu dengan menggabungkan elemen keadilan, kebebasan, nilai serta mementingkan kemakmuran ekonomi.
"(Ia juga) menyemangati idea dan cetusan nurani mantan Perdana Menteri Indonesia Bapak Mohammad Natsir yakni jangan membangun sambil meruntuhkan," katanya.
Anwar turut berkongsi pengisian ucapan beliau pada Forum Global MADANI 2024 anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.
Perdana Menteri juga berkata cabaran kini ialah menjelmakan idea MADANI dalam konteks realiti dengan mengambil kira kekuatan material dan keadaan sosiopolitik semasa.
Beliau berkata gerakan perubahan meratakan kefahaman seperti ini penting agar ia inklusif dan dirasakan oleh rakyat terbanyak.
"Justeru, saya zahirkan penghargaan kepada IKIM dan rakan strategiknya atas penganjuran program ini serta kepada semua pembentang dan peserta dari dalam serta luar negeri.
"Semoga ia bermanfaat dan mampu memberi pencerahan mengenai Malaysia MADANI yang kita dukung hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Anwar Ibrahim bergambar kenangan ketika hadir pada Global MADANI Forum 2024 hari ini. - Gambar Bernama
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.