awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agamawan seluruh dunia perlu tampil bantu tangani ekstremisme - TPM Zahid

Hilal Azmi
Hilal Azmi
27/03/2018
09:10 MYT
Agamawan seluruh dunia perlu tampil bantu tangani ekstremisme - TPM Zahid
ZAHID: Golongan ekstremisme dan radikal tidak mempunyai agama atau budaya. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Dialog antara agama adalah mekanisme terbaik dalam mempertahankan keharmonian di sebalik ancaman perpecahan dalam masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia penting bagi menggalakkan persefahaman serta saling menghormati bagi mempertahankan keharmonian dan keamaan sejagat.
Katanya, kesederhanaan adalah langkah pertama yang penting dalam menuju kepada agenda lebih besar iaitu penyatuan dalam masyarakat pelbagai agama.
“Golongan ekstremisme dan radikal tidak mempunyai agama atau budaya.
"Penganut agama di seluruh dunia perlu tampil ke hadapan dan menyokong agenda kesederhanaan kerana ia adalah pendekatan terbaik untuk menangani masalah ini, selain kemudaratan yang disebabkan oleh pemikiran ekstrem serta salah pemahaman dalam prinsip keagamaan," katanya ketika berucap merasmikan Simposium Antarabangsa mengenai Kesederhanaan Dalam Masyarakat Pelbagai Agama: Menuju Keamanan dan Keharmonian di Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dialog antara agama menjadi mekanisme paling berkesan menangani isu pelampau - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Dialog antara agama menjadi mekanisme paling berkesan menangani isu pelampau - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Jelas beliau, usaha mempertahankan keamanan yang ada amat penting bagi membolehkan agenda pembangunan digerakkan dengan pantas.
Simposium antarabangsa ini dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.
Pada majlis sama, sebuah buku terbitan IKIM bertajuk Religion, Dialogue and Peaceful Coexistence turut dilancarkan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#ekstremisme
#Jamil Khir Baharom
#Nasharudin Mat Isa
#radikalisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan