awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC bantah permohonan cabar tindakan PM nasihat Agong gantung Parlimen, DUN ketika darurat

Bernama
Bernama
11/02/2021
13:40 MYT
AGC bantah permohonan cabar tindakan PM nasihat Agong gantung Parlimen, DUN ketika darurat
Bantahan itu dibuat atas alasan pemohon tidak mempunyai kes yang boleh dihujah bagi membolehkan mahkamah memberi kebenaran dalam permohonan semakan kehakiman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh darurat.
Permohonan itu difailkan pada 26 Jan lepas oleh ADUN Simpang Jeram yang juga Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Gurun yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan ADUN Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari dengan menamakan perdana menteri dan kerajaan sebagai responden.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly berkata bantahan itu dibuat atas alasan pemohon tidak mempunyai kes yang boleh dihujah bagi membolehkan mahkamah memberi kebenaran dalam permohonan semakan kehakiman.
"Mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk keputusan bantahan AGC," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pendengaran permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Tutur hadir SFC Suzana Atan, S. Narkunavathy dan Mazlifah Ayob manakala ketiga-tiga pemohon diwakili peguam Datuk Gurdial Singh Nijar, Christopher Leong dan Abdullah Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AGC
#bantah
#permohonan cabar tindakan PM
#semakan kehakiman
#ADUN
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#gantung parlimen
#darurat
#Ahmad Hanir Hambaly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan