MALAYSIA
AGC terima representasi tiga individu dalam kes culik lelaki Palestin

Kesemua tertuduh didakwa menculik mangsa untuk mendapatkan rahsia perisian penggodaman. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Representasi tiga daripada 14 individu yang berdepan pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ringkasan AI
- Tiga daripada 14 individu yang dituduh menculik seorang warga Palestin bagi mendapatkan maklumat perisian godam telefon telah menghantar representasi yang diterima AGC; mereka ditawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
- Kesemua tertuduh didakwa menculik mangsa untuk mendapatkan rahsia perisian penggodaman, dengan pertuduhan asal di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman penjara 3040 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Tengku Arif Bongsu, Nidarahayu dan Raibafie turut berdepan 19 pertuduhan pengubahan wang haram melebihi RM250,000, dengan potensi hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda besar jika disabitkan.
Muniandy kemudian menetapkan Khamis ini untuk pertuduhan pilihan dibacakan kepada ketiga-tiga tertuduh dan melapangkan tarikh perbicaraan hari ini, esok dan Rabu.
Pada prosiding hari ini, Edy Ko'im diwakili peguam Lingswaran Singh manakala Muhammad Al Hatim diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli dan peguam Norma Goh Kim Lian mewakili Mohd Azwan.
Sebelas lagi ialah Mohamad Norakmal Hassan, 43; Dody Junaidi, 44; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 41; Mohamad Naziree Mustapha, 41; Faizull Hardey Mohd Isa, 42; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 27; Mohamad Sufian Saly, 25; Mohd Zaidi Mohd Zain, 56; Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 51; Nidarahayu Zainal, 36; dan Raibafie Amdan, 41.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan niat bersama telah menahan mangsa berusia 31 tahun itu untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktifkan perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini pada 10.40 malam 28 Sept 2022 mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Tengku Arif Bongsu dan pasangan suami isteri iaitu Nidarahayu serta Raibafie turut berdepan 19 lagi pertuduhan membabitkan jumlah lebih RM250,000.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai wang terlibat atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami