KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan gagal kali ketiga untuk menggugurkan dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi kali ketiga yang dikemukakan Ahmad berhubung kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria semasa pengurusan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Kamar Jamaludin.
“Pihak pendakwaan telah diserahkan dengan representasi kali ketiga dan representasi tersebut telah ditaklimatkan kepada Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan telah ditolak pada 5 Okt lepas,” katanya.
Dalam prosiding itu juga, pendakwaan memohon tarikh bicara baharu ditetapkan berikutan timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat kes tersebut telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
“Sepatutnya tarikh bicara seterusnya pada 24 Dis ini. Sehubungan itu, pihak-pihak memohon satu tarikh perbicaraan baharu, dan perbicaraan ini melibatkan 10 saksi pendakwaan,” katanya.
Peguam Mohamed Baharudin Mohd Ariff yang mewakili Ahmad, 54, berkata pihaknya mempunyai kelapangan pada bulan Julai tahun depan memandangkan dari Januari hingga Mei pihaknya mempunyai kes-kes lain di Mahkamah Tinggi dan di mahkamah Shah Alam.
Pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya berkelapangan dari Februari hingga Mei 2021 namun pihak pembelaan tidak berkelapangan antara bulan tersebut.
Hakim Ahmad Kamar menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai tahun depan.
Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Beliau dituduh telah menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April, 2014.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara 2.45 petang dan 3.30 petang pada 4 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian. - Gambar fail
KDNFC kecam tindakan individu, kumpulan serang pemain bola sepak
Insiden yang berlaku merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibendung dengan kadar segera.
Melaka anjur pameran Hang Tuah Jun ini
Pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pantau Belanjawan: Penstrukturan modul TVET, selari arus perubahan industri
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih
Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam.
[TERKINI] 17 orang diserang kepala air,enam dikhuatiri lemas
Bagi perinciannya, kita bersama Wakil Astro Awani Sabah, Ridzal Abdullah untuk perkembangan situasi terkini.
Pengurus besar sebuah agensi kerajaan antara tiga ditahan di Kelantan - SPRM
Ketiga-tiga pegawai dipercayai ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM di Kota Bharu antara 7.15 dan 8 malam tadi.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Curi kabel TM, dua rakan didenda RM4,000
Kedua-duanya mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini pada 4.45 pagi 1 Mei lepas.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."