awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda pendigitalan pendidikan antara fokus KPM dalam Belanjawan 2024

Bernama
Bernama
03/10/2023
21:30 MYT
Agenda pendigitalan pendidikan antara fokus KPM dalam Belanjawan 2024
Fadhlina berkata tumpuan akan diberikan kepada pembangunan, pembaikan dan penyelenggaraan serta dasar-dasar yang akan memberi impak kepada pendidikan negara secara keseluruhannya. - Foto fail/Sinar Harian
GENTING HIGHLANDS: Agenda pendigitalan pendidikan dalam sistem pendidikan negara adalah antara yang akan diberikan tumpuan oleh Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2024, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata agenda itu akan dipacu sepenuhnya melalui peruntukan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Okt ini, sekali gus bagi menyokong Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang bertujuan melahirkan murid berkemahiran digital dalam era Revolusi Industri 4.0.
"Kita sudah luncurkan DPD dengan penguasaan dan kemahiran yang sudah pun ada dalam kalangan pelajar dan guru... Insya-Allah kemajuan dari segi pendidikan digital akan dipacu sepenuhnya dalam Belanjawan 2024," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kali Ketiga Mengenai Kepemimpinan dan Pengurusan Pendidikan (ICELAM) di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI 2024.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata tumpuan juga akan diberikan kepada pembangunan, pembaikan dan penyelenggaraan serta dasar-dasar yang akan memberi impak kepada pendidikan negara secara keseluruhannya.
"Kita jangan lihat peruntukan yang besar ini semata-mata, sebenarnya ia berikan tanggungjawab kepada kita untuk selesaikan dan beri tumpuan kepada dasar-dasar yang akan berikan impak kepada pendidikan negara di mana kita akan bercakap tentang kurikulum 2027, tentang perubahan besar dalam pendidikan, pasca pelan pendidikan kita dan turut terkait rapat dengan pendidikan karakter," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda pendigitalan
#pendidikan karakter
#Belanjawan 2024
#revolusi industri 4 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan