awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi kerajaan kini lebih bersedia hadapi gelombang kedua banjir

Bernama
Bernama
30/12/2021
12:37 MYT
Agensi kerajaan kini lebih bersedia hadapi gelombang kedua banjir
Tan Sri Mohd Zuki Ali (duduk,empat,kanan) mendengar taklimat dan penjelasan daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Ir Dr Salwa Ramly mengenai sistem ramalan dan amaran banjir. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata agensi-agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menghadapi gelombang kedua banjir seperti ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) didapati kini lebih bersedia dan bertindak pantas dalam menjalankan tugas masing-masing.
Beliau berkata dalam menghadapi gelombang kedua ini, agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergerak dengan lebih cepat setelah "belajar" daripada pengalaman menghadapi gelombang pertama sebelum ini.
"Agensi-agensi yang ditugaskan untuk menghadapi bencana memang sudah bersiap sedia. Umpamanya hari ini, bila banjir berlaku di Jeli pagi ini, pihak ATM, PDRM dan JBPM telah berada di tempat kejadian," katanya selepas melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata PRABN yang mempunyai 1,100 stesen sistem penggera banjir mampu memberi ramalan banjir tujuh hari sebelum dan amaran banjir dua hari sebelum dengan ketepatan yang hampir.
"Contohnya di Sungai Kelantan ada 20 sistem penggera siap dengan kamera. Jadi kita boleh tahu di mana air akan bottleneck (melalui cerutan) dan melimpah di mana," katanya.
Zaini berkata PRABN yang meliputi 41 lembangan sungai dan dibangunkan dalam tiga fasa dengan fasa pertama melibatkan sungai di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.
Manakala, PRABN fasa dua di 38 lembangan sungai seluruh negara dijangka siap pada tahun 2025 dan fasa tiga di 22 lembangan sungai di Sabah dan Sarawak dirancang bermula pada 2026.
Sementara itu Zaini berkata PRABN di pantai barat dan Lembah Klang pula dijangka beroperasi pada tahun hadapan.
PRABN akan memberi tempoh masa yang mencukupi untuk penduduk dan agensi bertanggungjawab bertindak awal sekali gus mengurangkan kerugian harta benda awam sehingga 30 peratus setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi kerajaan
#banjir
#gelombang kedua
#MetMalaysia
#ATM
#PDRM
#JBPM
#ketua setiausaha negara
#Mohd Zuki Ali
#PRABN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan