awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi kerajaan perlu rancangan teliti, siap siaga hadapi banjir di Pantai Timur - Fadillah

Bernama
Bernama
10/10/2023
02:50 MYT
Agensi kerajaan perlu rancangan teliti, siap siaga hadapi banjir di Pantai Timur - Fadillah
Fadillah dan Jasri ketika hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. -- fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan semua agensi kerajaan melakukan perancangan teliti dan siap siaga, bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Pantai Timur.
Beliau berkata perkara itu susulan MTL akan menyebabkan berlakunya bencana banjir di Pantai Timur, khususnya negeri Kelantan.
"Pastikan kita bersiap siaga bukan sahaja pasukan keselamatan, tetapi semua agensi terlibat.
"Pertama kalau berlaku banjir di mana pusat pemindahan sementara (PPS), apakah bantuan yang perlu disediakan, termasuklah kemudahan pengangkutan untuk mengangkat dan memindahkan orang dari tempat banjir ke PPS, makanan dan semua logistik itu perlu siap siaga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (PPNK ICU JPM) Jasri Kasim.
Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah berkata penekanan harus diberikan kepada perancangan persediaan dalam menghadapi musim bencana yang mendatang.
Beliau berkata keselamatan serta kebajikan mangsa perlu dititik beratkan selain kesiapsiagaan semua agensi, khususnya pemberi bantuan dalam menguruskan sumber dan logistik.
Fadillah berkata semua jabatan dan agensi, perlu memberikan sepenuh sokongan kepada agensi yang terlibat secara langsung seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain pasukan keselamatan yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#banjir
#Pantai Timur
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan