awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong baca surat, petisyen rakyat Sabah, Sarawak, akan serah kepada PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/09/2023
12:26 MYT
Agong baca surat, petisyen rakyat Sabah, Sarawak, akan serah kepada PM
Al-Sultan Abdullah akan menyerahkan setiap surat dan petisyen tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang dipersembahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kepada Baginda sepanjang pengembaraan "Kembara Kenali Borneo" selama 11 hari yang berakhir pada Khamis.
Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, Al-Sultan Abdullah akan menyerahkan setiap surat dan petisyen tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah sudi berkongsi kisah suka dan duka serta pelbagai masalah menerusi surat dan petisyen tersebut," menurut kenyataan tersebut hari ini.
"Kembara Kenali Borneo" berakhir di Telok Melano, di selatan Sarawak pada Khamis selepas memulakan penjelajahan di Tawau, Sabah pada 3 September lepas.
Kembara itu yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak.
Jelajah selama 11 hari itu melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Kembara Kembara Kenali Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan